Assalamualaikum

Pengalaman dan tahap pendidikan membezakan cara kita berfikir dan bertindak.

Tuesday, March 1, 2011

Pengajaran Banjir

Semasa banjir, kita menghadapi masalah dari segi keselamatan, kemusnahan harta benda dan kerugian masa. Mungkin juga kita akan mengalami kerugian yang besar disebabkan banjir.

Bagi mereka yang tidak terkena bahana banjir maka bolehlah mereka bersuka ria bermain air, menjala ikan dan berehat. Ada juga yang perihatan maka mengulurkan bantuan memindahkan mangsa banjir arau menyediakan kemudahan untuk mangsa banjir.

Jika diperhatikan tragedi banjir ini ada banyak persoalan atau keraguan antaranya kedangkala tempat atau kawasan yang tidak difikirkan akan banjir tetapi mengalami banjir yang besar pada masa tersebut. Begitu juga dengan kemungkinan lain seperti ribut, angin yang kuat, gempa bumi, air bah, pasang surut dan tsunami.

Ada satu-satu masa ianya terjadi dengan dahsyat sekali. Pertembungan antara kejadian alam tersebut jika berlaku maka akan menyebabkan kemusnahan yang begitu teruk.

Walaubagaimana pun itulah kekuasaan Allah. Setiap perkara yang berlaku itu ada manafaatnya walaupun perit. Ia juga sebagai satu peringatan kepada kita terhadapnya. Ia juga sebagai satu tempoh tertentu untuk kita berubah samada diri, keluarga atau masyarakat.

Monday, January 31, 2011

Kenapa Perlu Menyusah Orang Lain

Ada beberapa perkara pelik yang masih aku fikirkan terhadap majikanku sampai sekarang antaranya ;-
Kenapa perlu mereka menyusahkan orang lain?
Apa yang sebenarnya mereka takutkan?
Dimana kebenarannya cerita dan tuduhan mereka?
Apa yang sebenarnya yang mereka inginkan?
Siapa mereka untuk bertindak melangkaui bidang kuasa sebenar mereka dan melampaui batas kemanusiaan?

Selama aku bekerja, aku hanya mengikut kehendak mereka dan sekarang aku ingin mempertahankan diri disamping menuntut hak yang sememang kepunyaanku. Kenapa perlu mereka menahan aku menuntut hakku dan terus-terusan menfitnahku.

Aku telah menjalankan kewajipanku sebagai pekerja selama ini di samping mengelakkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan masa depanku di sini. Tetapi kenapa menfitnahku dengan bermain silap mata seolah-olah aku baik tetapi dalam masa yang sama menyusahkan hidupku dengan berbagai tuduhan dan fitnah yang tidak jelas sehingga menyebabkan aku dianiaya sebegini.

Di mana kebenarannya apabila mahkamah memutuskan sesuatu tetapi mereka masih tidak mahu mematuhinya. Ada juga kedegaran untuk menghalang perkara yang berlaku dari di bawa ke muka pengadilan yang sebenar. Mereka hanya pandai berkata mengenai kebenaran dan keadilan sedangkan mereka sendiri membelakangkannya. Mereka seolah-olah berkuasa mutlak terhadap keputusan mereka sehingga keputusan mahkamahpun mereka permainkan.

Sebenarnya mereka sendiripun baru sahaja bersama organisasi tetapi mungkin disebabkan tamak kuasa dan takut dengan bayang-bayang sendiri disamping telah dikawal oleh mereka yang berkepentingan terhadap organisasi maka terjadilah apa yang telah berlaku. Sekarang mereka juga terpaksa mempertahankan kejahilan dan ketidak adilan yang mereka telah buat demi menjaga maruah mereka sendiri.

Ketamakkan, keegoan, kerakusan, kejahilan, kebodohan dan kepentingan diri sendiri mengatasi segalanya. Mereka rasakan, merekalah yang berkuasa dan penentu segalanya. Semoga Allah memberi keadilan dan menunjukkan kebenaran yang sebenar.

Friday, January 21, 2011

Mendalami Ilmu Agama

Jika dibandingkan kepatuhan penganut agama Islam dan Kristian terhadap agama mereka maka sudah tentulah mereka yang beragama Kristian lebih mempertahankan agama mereka. Ini mungkin disebabkan mereka lebih mendalami dan taat setia kepada mubaligh mereka. Mereka juga tidak menghormati agama Islam kerana bagi mereka umat Islam sendiri tidak benar-benar mempertahankan agama mereka. Bagi mereka, jika diperhatikan umat Islam menjalani hidup mereka maka tidaklah sebaik yang digambarkan.

Tetapi sikap dan tabiat orang Kristian jika mereka ingin mencari kebenaran maka mereka akan mendalami agama mereka dengan lebih terperinci dan cuba membandingkan dengan agama Islam terutamanya dengan kitabnya.

Apabila mereka mendalami kitab Kristian maka terserlahlah bahawa kitab mereka tidaklah sebagaimana yang digambarkan. Banyak kepincangan yang berlaku dan seolah-olah hanya sebuah buku yang telah dikarangan semula untuk kepentingan puak tertentu. Jika mereka melakukan kesalahan maka mereka perlu memohon keampunan daripada Paderi mereka yang juga terdedah kepada pelbagai salah laku. Tiada istilah keesaan kepada Tuhan kerana memegang konsep trinity iaitu Tuhan dengan anak dan kabul.

Berbanding dengan Al Quran yang terserlah kebenarannya yang di jamin Allah daripada di tokok tambah dan di pinda hingga akhir zaman. Jika didalami maka akan menyerlahkan kesuciannya dan keagongan Allah. Walaupun umatnya mungkin leka dengan dunia mereka tetapi itu bukanlah gambaran yang sebenar. Islam adalah untuk semua umat manusia dan bukannya hanya untuk bangsa Arab sahaja.

Ramai umat Islam yang tidak mendalami ilmu agamanya menjadi murtad dan keluar dari agama Islam umpama mereka yang sememangnya tidak mengamalkan Islam secara betul dan baik. Tetapi berbeza dengan orang Kristian yang mendalami agama mereka dan membuat perbandingan dengan ajaran Islam kemudian masuk islam kerana kebenaran yang sebenar.

Saturday, January 8, 2011

Menguruskan keluarga

Kami sekeluarga bercuti untuk menghadiri perkahwinan anak saudara kami. Kami juga mengambil kesempatan untuk melangcung sambil berehat di tempat orang. Walaupun majlis perkahwinan tersebut padat dengan jadualnya tetapi kami masih sempat untuk membeli belah dan berjalan ke kawasan luar bandar di situ.

Kami menaiki kereta ke Kuala Lumpur dan dihantar ke KLIA untuk menaikki kapal terbang. Kami juga disediakan pengangkutan untuk ke hotel, ke majlis perkahwinan tersebut dan membeli belah di sempadan.

Setelah pulang dari bercuti, kami sibuk pula menghantar anak-anak ke asrama masing-masing serta menguruskan sekolah mereka.

Kepuasan terpancar pada diri masing-masing apabila dapat bersama keluarga dalam trip tersebut.

Thursday, December 30, 2010

Kita hanya penumpang di tempat kerja mereka

Bila kita menjadi penumpang maka semestinyalah kita akan di double standardkan atau di anak tirikan. Janganlah kita perasan bahawa kita boleh berdiri sama tinggi dengan mereka atau duduk sama rendah. Kita hanya diperlukan untuk menyelesaikan projek atau kerja tertentu sahaja sehingga waktu yang ditetapkan sahaja.

Selepas itu hanya belas ehsan merekalah yang kita pinta. Jika kita disukai mereka atau masih diperlukan maka bersambunglah kontrak kita jika tidak meloponglah kita cuba mencari rezeki di tempat lain.

InsyaAllah, rezeki ada di mana-mana hanya kesabaran dan usaha yang dituntut untuk mendapatkannya.

Tuesday, December 7, 2010

Orang jahat pun ada gunanya

Allah maha besar lagi maha mengetahui. Setiap kejadian itu ada peranannya. Yang baik lawannya jahat dan tinggi lawannya rendah. Jika baik, maka ada yang lebih baik darinya serta lebih sempurna. Setiap amal perbuatan itu akan dihitung baik buruknya dan ada balasannya.

Orang jahat juga ada gunanya terutamanya untuk menjadi contoh kepada kehidupan. Ia juga berperanan untuk menunjukkan bahawa berbuat baik itu adalah perbuatan mulia berbanding dengan kejahatan. Di samping itu ia juga menjadi sempadan kepada amalan baik. Jika kita leka dan lalai maka kejahatan akan menguasai keadaan dan akan menimbulkan ketidak selesaan dan menghancurkan keharmonian. Dengan wujudnya perbuatan jahat maka timbullah penguatkuasaan dan pencegahan.

Terdapat juga mereka yang menyokong perbuatan jahat demi kepentingan diri dan kejahilan mereka. Maka tepuk dada tanyalah selesa. Kejahilan akan menyebabkan kita khilaf mengenai sesuatu perkara.

Mencari sesuap nasi dengan bekerja

Bekerja untuk menampung diri meneruskan kehidupan ini merupakan suatu kewajipan dan ibadah yang perlu dilaksanakan. Banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempoh untuk mendapat sesuap nasi terutamanya kepada mereka yang baru untuk memulakan kehidupan sebenar atau yang menghadapi masalah kerja.

Bekerja adalah suatu keperluan dan melaksanakan kerja adalah suatu kewajipan. Untuk bekerja kita dikehendaki mempunyai ilmu, pengalaman, keupayaan dan kepandaian.

Pekerja yang berilmu dapat membantu mereka melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan. Pengalaman pula dapat membantu pekerja bekerja dengan lebih baik dan lebih berkesan disamping mengurangkan kos untuk melatih mereka untuk bekerja. Keupayaan dan kepandaian sangatlah diperlukan bagi setiap pekerja dalam melaksanakan kerja mereka pada setiap masa.

Jadilah pekerja yang berilmu dan bermotivasi tinggi dengan komitment yang baik. Sayangilah kerja kita dengan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh. Rezeki ada di mana saja tapi memerlukan usaha untuk mencarinya serta untuk mengekalkannya.

Saturday, August 28, 2010

Pekerja yang membawa beban

Semua orang mahu berkerja tetapi adakah semua pekerja berkerja. Ramai penumpang dalam pekerjaan bermaksud ramai pekerja yang hanya datang kerja untuk mendapatkan gaji. Mereka hanya mengambil syarat minima berkerja iaitu hadir berkerja.

Sebenarnya kedatangan mereka hanyalah untuk mendapatkan bayaran atau gaji. Mereka sepatutnya melaksanakan kerja yang telah diamanahkan kepada setiap pekerja dengan bersungguh-sungguh dalam jangka masa yang di tetapkan iaitu masa berkerja. Tetapi mereka rasakan dengan hadir ke tempat kerja sudah memadai dan layak mendapat gaji.

Tetapi mereka akan tanpa segan silu menuntut gaji pada akhir bulan walaupun mereka tahu apa yang mereka buat di tempat kerja selama ini. Mereka juga sanggup bertindak di luar batasan untuk mendapaykan gaji yang mereka tidak laksanakan kerja sebagaimana yang di pertanggungjawabkan dan amanahkan.

Inilah pekerja yang perlu diawasi kerana mereka sanggup melakukan apa saja walaupun berlakun, berpura-pura malah membodek dan menfitnah orang lain.

Kerja menipu diri sendiri

Ramai pekerja yang melaksanakan kerja mereka hanya setakat melepaskan batuk di tangga. Mereka hanya datang ke tempat kerja tetapi tidak melakukan kerja mereka sebagaimana sepatutnya. Ini mungkin disebabkan sifat mereka yang ingin mengambil kesempatan dan malas. Sikat sambil lewa dan tidak bertanggungjawab ini sebenarnya di amalkan mereka yang tiada matlamat dalam pekerjaan mereka.

Mungkin perkara tersebut tidak menjadi masalah besar kepada mereka tetapi bagaimana organisasi tersebut. Tidakkah mereka akan rugi dengan mempunyai pekerja yang tidak bertanggungjawab begini. Perlukah mereka membayar gaji sebagaimana yang telah dimeteri. Tindakan segera perlulah diambil kerana masalah sebegini sebenarnya akan menjadi semakin parah dan berjangkit kepada individu lain. Akhirnya pihak yang bertanggungjawab akan dipersalahkan kerana mereka berasa merekalah yang penting dalam organisasi tersebut.

Mungkin tindakan drastik dan tidak popular perlu diambil dengan niat untuk membenteras perkara tersebut daripada berleluasa, berjangkit dan merebak serta boleh menjejaskan organisasi.

Sebenarnya setiap perkerja boleh diukur melalui sikap, kesungguhan, komitmen serta hasil kerja mereka. Adakah mereka mencapai standard yang telah diberikan kepada mereka. Ukur baju badan sendiri, cegah sebelum parah dan bertanggungjawablah kepada diri sendiri.

Saturday, August 21, 2010

Berkerja untuk menghabiskan masa

Bagaimana kita harus berkerja dengan mereka yang cuma ingin memohon kerja tapi tidak mahu berkerja. Mereka tidak mahu belajar untuk melakukan kerja dengan baik dan sempurna. Mereka hanya ingin bersuka ria dan berkumpulan untuk bercerita.

Mereka tidak melakukan kerja sebagaimana dikehendaki disebabkan malas, berlagak, malu dan ingin menunjukkan kebodohan mereka. Tetapi yang malangnya mereka juga mengharapkan gaji yang banyak serta menuntut bayaran tertentu atas ketidak berkerjanya mereka.