Assalamualaikum

Pengalaman dan tahap pendidikan membezakan cara kita berfikir dan bertindak.

Friday, January 21, 2011

Mendalami Ilmu Agama

Jika dibandingkan kepatuhan penganut agama Islam dan Kristian terhadap agama mereka maka sudah tentulah mereka yang beragama Kristian lebih mempertahankan agama mereka. Ini mungkin disebabkan mereka lebih mendalami dan taat setia kepada mubaligh mereka. Mereka juga tidak menghormati agama Islam kerana bagi mereka umat Islam sendiri tidak benar-benar mempertahankan agama mereka. Bagi mereka, jika diperhatikan umat Islam menjalani hidup mereka maka tidaklah sebaik yang digambarkan.

Tetapi sikap dan tabiat orang Kristian jika mereka ingin mencari kebenaran maka mereka akan mendalami agama mereka dengan lebih terperinci dan cuba membandingkan dengan agama Islam terutamanya dengan kitabnya.

Apabila mereka mendalami kitab Kristian maka terserlahlah bahawa kitab mereka tidaklah sebagaimana yang digambarkan. Banyak kepincangan yang berlaku dan seolah-olah hanya sebuah buku yang telah dikarangan semula untuk kepentingan puak tertentu. Jika mereka melakukan kesalahan maka mereka perlu memohon keampunan daripada Paderi mereka yang juga terdedah kepada pelbagai salah laku. Tiada istilah keesaan kepada Tuhan kerana memegang konsep trinity iaitu Tuhan dengan anak dan kabul.

Berbanding dengan Al Quran yang terserlah kebenarannya yang di jamin Allah daripada di tokok tambah dan di pinda hingga akhir zaman. Jika didalami maka akan menyerlahkan kesuciannya dan keagongan Allah. Walaupun umatnya mungkin leka dengan dunia mereka tetapi itu bukanlah gambaran yang sebenar. Islam adalah untuk semua umat manusia dan bukannya hanya untuk bangsa Arab sahaja.

Ramai umat Islam yang tidak mendalami ilmu agamanya menjadi murtad dan keluar dari agama Islam umpama mereka yang sememangnya tidak mengamalkan Islam secara betul dan baik. Tetapi berbeza dengan orang Kristian yang mendalami agama mereka dan membuat perbandingan dengan ajaran Islam kemudian masuk islam kerana kebenaran yang sebenar.

No comments:

Post a Comment