Assalamualaikum

Pengalaman dan tahap pendidikan membezakan cara kita berfikir dan bertindak.

Thursday, December 30, 2010

Kita hanya penumpang di tempat kerja mereka

Bila kita menjadi penumpang maka semestinyalah kita akan di double standardkan atau di anak tirikan. Janganlah kita perasan bahawa kita boleh berdiri sama tinggi dengan mereka atau duduk sama rendah. Kita hanya diperlukan untuk menyelesaikan projek atau kerja tertentu sahaja sehingga waktu yang ditetapkan sahaja.

Selepas itu hanya belas ehsan merekalah yang kita pinta. Jika kita disukai mereka atau masih diperlukan maka bersambunglah kontrak kita jika tidak meloponglah kita cuba mencari rezeki di tempat lain.

InsyaAllah, rezeki ada di mana-mana hanya kesabaran dan usaha yang dituntut untuk mendapatkannya.

Tuesday, December 7, 2010

Orang jahat pun ada gunanya

Allah maha besar lagi maha mengetahui. Setiap kejadian itu ada peranannya. Yang baik lawannya jahat dan tinggi lawannya rendah. Jika baik, maka ada yang lebih baik darinya serta lebih sempurna. Setiap amal perbuatan itu akan dihitung baik buruknya dan ada balasannya.

Orang jahat juga ada gunanya terutamanya untuk menjadi contoh kepada kehidupan. Ia juga berperanan untuk menunjukkan bahawa berbuat baik itu adalah perbuatan mulia berbanding dengan kejahatan. Di samping itu ia juga menjadi sempadan kepada amalan baik. Jika kita leka dan lalai maka kejahatan akan menguasai keadaan dan akan menimbulkan ketidak selesaan dan menghancurkan keharmonian. Dengan wujudnya perbuatan jahat maka timbullah penguatkuasaan dan pencegahan.

Terdapat juga mereka yang menyokong perbuatan jahat demi kepentingan diri dan kejahilan mereka. Maka tepuk dada tanyalah selesa. Kejahilan akan menyebabkan kita khilaf mengenai sesuatu perkara.

Mencari sesuap nasi dengan bekerja

Bekerja untuk menampung diri meneruskan kehidupan ini merupakan suatu kewajipan dan ibadah yang perlu dilaksanakan. Banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempoh untuk mendapat sesuap nasi terutamanya kepada mereka yang baru untuk memulakan kehidupan sebenar atau yang menghadapi masalah kerja.

Bekerja adalah suatu keperluan dan melaksanakan kerja adalah suatu kewajipan. Untuk bekerja kita dikehendaki mempunyai ilmu, pengalaman, keupayaan dan kepandaian.

Pekerja yang berilmu dapat membantu mereka melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan. Pengalaman pula dapat membantu pekerja bekerja dengan lebih baik dan lebih berkesan disamping mengurangkan kos untuk melatih mereka untuk bekerja. Keupayaan dan kepandaian sangatlah diperlukan bagi setiap pekerja dalam melaksanakan kerja mereka pada setiap masa.

Jadilah pekerja yang berilmu dan bermotivasi tinggi dengan komitment yang baik. Sayangilah kerja kita dengan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh. Rezeki ada di mana saja tapi memerlukan usaha untuk mencarinya serta untuk mengekalkannya.

Saturday, August 28, 2010

Pekerja yang membawa beban

Semua orang mahu berkerja tetapi adakah semua pekerja berkerja. Ramai penumpang dalam pekerjaan bermaksud ramai pekerja yang hanya datang kerja untuk mendapatkan gaji. Mereka hanya mengambil syarat minima berkerja iaitu hadir berkerja.

Sebenarnya kedatangan mereka hanyalah untuk mendapatkan bayaran atau gaji. Mereka sepatutnya melaksanakan kerja yang telah diamanahkan kepada setiap pekerja dengan bersungguh-sungguh dalam jangka masa yang di tetapkan iaitu masa berkerja. Tetapi mereka rasakan dengan hadir ke tempat kerja sudah memadai dan layak mendapat gaji.

Tetapi mereka akan tanpa segan silu menuntut gaji pada akhir bulan walaupun mereka tahu apa yang mereka buat di tempat kerja selama ini. Mereka juga sanggup bertindak di luar batasan untuk mendapaykan gaji yang mereka tidak laksanakan kerja sebagaimana yang di pertanggungjawabkan dan amanahkan.

Inilah pekerja yang perlu diawasi kerana mereka sanggup melakukan apa saja walaupun berlakun, berpura-pura malah membodek dan menfitnah orang lain.

Kerja menipu diri sendiri

Ramai pekerja yang melaksanakan kerja mereka hanya setakat melepaskan batuk di tangga. Mereka hanya datang ke tempat kerja tetapi tidak melakukan kerja mereka sebagaimana sepatutnya. Ini mungkin disebabkan sifat mereka yang ingin mengambil kesempatan dan malas. Sikat sambil lewa dan tidak bertanggungjawab ini sebenarnya di amalkan mereka yang tiada matlamat dalam pekerjaan mereka.

Mungkin perkara tersebut tidak menjadi masalah besar kepada mereka tetapi bagaimana organisasi tersebut. Tidakkah mereka akan rugi dengan mempunyai pekerja yang tidak bertanggungjawab begini. Perlukah mereka membayar gaji sebagaimana yang telah dimeteri. Tindakan segera perlulah diambil kerana masalah sebegini sebenarnya akan menjadi semakin parah dan berjangkit kepada individu lain. Akhirnya pihak yang bertanggungjawab akan dipersalahkan kerana mereka berasa merekalah yang penting dalam organisasi tersebut.

Mungkin tindakan drastik dan tidak popular perlu diambil dengan niat untuk membenteras perkara tersebut daripada berleluasa, berjangkit dan merebak serta boleh menjejaskan organisasi.

Sebenarnya setiap perkerja boleh diukur melalui sikap, kesungguhan, komitmen serta hasil kerja mereka. Adakah mereka mencapai standard yang telah diberikan kepada mereka. Ukur baju badan sendiri, cegah sebelum parah dan bertanggungjawablah kepada diri sendiri.

Saturday, August 21, 2010

Berkerja untuk menghabiskan masa

Bagaimana kita harus berkerja dengan mereka yang cuma ingin memohon kerja tapi tidak mahu berkerja. Mereka tidak mahu belajar untuk melakukan kerja dengan baik dan sempurna. Mereka hanya ingin bersuka ria dan berkumpulan untuk bercerita.

Mereka tidak melakukan kerja sebagaimana dikehendaki disebabkan malas, berlagak, malu dan ingin menunjukkan kebodohan mereka. Tetapi yang malangnya mereka juga mengharapkan gaji yang banyak serta menuntut bayaran tertentu atas ketidak berkerjanya mereka.

Tuesday, July 27, 2010

Bekerja untuk duit dan bukannya tanggungjawab

Ramai di kalangan mereka yang bekerja adalah disebabkan duit semata-mata dan bukannya tanggungjawab. Ini diperhatikan dari sudut melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut. Mereka lebih mementingkan kepada imbuhanyang dijanjikan tetapi hasil kerja tidak dititik beratkan.

Mereka akan sibuk berkira-kira berapa imbuhan yang akan diperolehi dari pekerjaan mereka itu tanpa memikirkan adakah pekerjaan tersebut mencapai kehendak yang telah ditetapkan terhadap diri mereka dan kerja itu.

Sebab itu terdapat kerja yang terbengkalai dan separuh jalan disebabkan apabila mereka telah mendapat imbuhan yang telah dijanjikan maka dengan rasa tidak bertanggungjawab maka kemerosotan pekerjaan mereka berlaku.

Kenapa perkara tersebut berlaku. Mungkin kurangnya pemamtauan dilakukan oleh pihak yang memberi kerana kurang bertanggungjawab seperti yang diharapkan walaupun diperingkat pengurusan dan penguatkuasaan.

Seronok bekerja

Jika kita menghayati pekerjaan kita maka kita akan seronok semasa bekerja. Setiap pekerjaan itu mempunyai cabaran dan rintangannya sendiri. Kita sebagai pekerja perlu mengatasi dan menghadapinya dengan keupayaan, pengalaman dan pengetahuan kita dengan cara yang bijaksana dan penyelesaian terbaik. Setiap perkara ada baik buruknya maka perlulah kita menelitinya sebelum membuat sesuatu keputusan.

Senang atau susah untuk menyelesai dan menghadapi masalah semasa bekerja banyak bergantung kepada individu itu sendiri. Latar belakang kehidupannya, pelajarannya, pengalamannya serta kekuatan dirinya semasa menghadapi kesukaran.

Bijak menyelesaikan masalah dapat memberi hasil yang positif kepada organisasi dan pasukan. Utamakan kepada kebenaran dan hak dalam sebarang keputusan dapat mengelakkan perkara tersebut berleretan.

Tuesday, July 6, 2010

Bekerja sementara

Bekerja sementara juga boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan tetapi bukan untuk jangka waktu yang panjang. Banyak organisasi dan syarikat yang memerlukan pekerja yang berkemahiran tetapi untuk tempoh bekerja yang pendek sahaja. Ini adalah disebabkan mereka tidak berkeupayaan untuk menanggung pekerja yang ramai untuk jangka masa lama atau kemahiran yang dimiliki tersebut hanya tugasan tertentu. Mungkin ia dilihat merugikan pekerja tersebut tetapi sebaliknya, cara begini dapat memberi pengalaman dan kemahiran kepada pekerja tersebut disamping memberi ruang untuk mereka menunjukkan skil masing-masing. Mereka juga boleh mewujudkan link untuk masa depan mereka.

Walaupun pekerja memerlukan sesuatu yang boleh menjamin masa depan mereka tetapi walaupun sementara ianya amat memberi kesan dan dorongan kepada pekerja untuk bersaing dan merebut peluang yang ada pada masa depan.

Prosedur dan standard pemilihan pekerja

Sukar untuk mencari pekerjaan. Ini disebabkan pekerja yang terlalu memilih atau majikan yang terlalu berkira dengan meletakkan syarat tertentu kepada pekerja baru. Perlukah kita mengikuti semua prosedur yang ditetapkan atau memohon melalui kenalan yang kita miliki. Itulah tanda tanyanya.

Prosedur yang ditetapkan adalah untuk menyusahkan proses pemilihan dan bukannya betul-betul dipraktikkan disebabkan standard tetapi lebih kepada syarat majikan. Prosedur hanya dikenakan kepada mereka yang tiada hubungan atau hanya untuk menunjukkan standard tertentu yang diamalkan oleh syarikat berkenaan. Tetapi pemilihan sebenar lebih kepada budi bicara penemuduga itu sendiri. Boleh dikatakan semua organisasi mengamalkan kaedah tersebut yang menunjukkan siapa sebenarnya berkusa dalam menentukan pemilihan tersebut.

Standard dan prosedur hanya sebagai mainan pengurusan untuk menunjukkan ketelusan dan sikap bertanggungjawab serta kepatuhan kepada kuasa yang dimiliki sahaja. tetapi praktikalnya januh panggang dari api atau cakap tarak serupa bikin.

Sunday, June 27, 2010

Memberi, meminta dan mencuri

Memberi adalah perbuatan yang mulia. Meminta-minta pula tidak digalakkan dalam Islam. Tangan yang di sebelah atas adalah lebih mulia daripada tangan yang disebelah bawah dan mulakanlah dengan saudara kita sendiri. Setiap kepunyaan kita ada hak orang lain di dalamnya. Ini bermakna kita juga bertanggungjawab membantu mereka yang susah dan miskin dengan peraturan yang tertetnu.

Kita juga tidak dibenarkan sombong, riak dan takbur sesama kita kerana kemulian yang sebenar adalah di sisi Allah. Manusia tidak boleh menjatuhkan hukuman dengan sesuka hati kecuali mendapat keredhaan Allah.

Setiap orang ada rezekinya. Rezeki seseorang itu tidak sama pada setiap hari. Kita dituntut berusaha untuk mendapatkan sesuatu terutamanya mencari rezeki. Merancang sesuatu sebelum melaksanakannya adalah tindakan yang bijaksana serta matang. Secupak takkan jadi segantang adalah silap kerana kita berhak mengubah nasib kita dengan cara menggunakan akal serta tenaga dan kuat berusaha.

Jangan sesekali kita mencuri kerana kehinaan kita adalah dari perbuatan kita yang salah dan jahat. Meminta-minta adalah lebih baik dari mencuri kerana hak orang adalah dilindungi sehingga ke akhirat.

Beribadat, beriman, bertaqwa dan berilmu

Bekerjalah kita untuk hidup kerana kehidupan itu perlu diteruskan sehingga ke hujung hayat kita. Bekerjalah kita seolah-olah kita akan hidup seribu tahun dan ingatlah Allah dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari.

Beriman kepada Allah dengan setulus hati dengan melaksanakan apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

Kita juga dituntut beriman kepadaNya, malaikatNya, kitabNya, nabi dan rasulNya, hari akhirat dan Qada dan Qadar. Iman itu ucapan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melalui perbuatan anggota.

Bertaqwa bererti takut kepada azab dan murka Allah dengan memelihara iman, menghindar kemungkaran dan mentaati suruhannya.

Berilmu pula dituntut kepada manusia iaitu menuntut ilmu itu adalah wajib dari dalam buaian hingga ke hujung dunia atau sampai ke negeri China iaitu walau melalui orang bukan Islam sekalipun dan sehingga akhir hayat. Orang yang berilmu akan dinaikkan darjatnya oleh Allah.

Segala kebaikkan adalah datangnya dari Allah dan keburukkan adalah dari diri kita sendiri. Ini adalah kerana Allah yang menjadikan kita dan mempunyai hak mutlak ke atas diri kita dan kesuluruhan alam ini.

Kita mempunyai pilihan untuk melakukan kebaikkan atau keburukkan tersebut. Kebaikkan tersebut adalah dituntut olehNya dan kemungkaran itu dilarangNya. Setiap amalan baik akan diberi ganjaran dan pembalasan kepada setiap kemungkaran dan begitulah sebaliknya.

Pilihlah dan buatlah keputusan arah hidup kita dengan baik dan bijaksana.

Saturday, June 19, 2010

Lain padang, lain belalangnya

Lain tempat kerja lain pula kerenahnya. Ia bergantung kepada budaya kerja sesuatu tempat tersebut. Lebih lama kita bekerja di sesuatu tempat itu, maka lebih selesalah bekerja di situ. Mungkin disebabkan kita telah mengenali keadaannya dan selesa dengannya.

Jika berada di tempat kerja baru, maka pertamanya kita akan di anggap orang baru dan perlu menyesuaikan diri. Kemungkinan gajai yang di tawarkan kurang menarik dengan tanggungjawab kerja yang terpaksa dilaksanakan. Seniority kita akan di tarik balik dan kita akan di anggap junior atau orang baru.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan sentiasalah menghargai apa yang kita ada.

Friday, June 18, 2010

Peluang menambah pendapatan

Tak semua peluang sesuai dengan kehendak dan keinginan kita. Walaupun peluang itu dapat menambah pendapatan kita tapi ianya mempunyai syarat-syarat tertentu serta peraturan yang perlu dipatuhi.

Mungkin bagi sesetengah orang peluang itu amat beerti bagi mereka tetapi bagi orang lain pula ianya hanya menambah masalah bagi mereka. Ini disebabkan mereka terpaksa meninggalkan apa yang sedang mereka buat demi masa depan yang lebih baik.

Peluang tidak sama bagi semua orang dan pilihlah peluang yang terbaik untuk diri sendiri dan jangan sesekali terpengaruh dengan pilihan orang lain kerana berkemungkinan ianya lebih sesuai atau tidak sesuai langsung untuk orang yang tertentu.

Wednesday, June 2, 2010

Rezeki ada di mana-mana

Rezeki, jodoh, pertemuan dan ajal maut adalah ketentuan Ilahi. Manusia hanya boleh merancang dan berusaha sebaiknya dan Allah juga yang menentukannya. Berdoa dan redha dengan apa yang berlaku adalah langkah dan jalan terbaik bagi umat manusia.

Jika kita gagal sekali bukannya bererti kita akan gagal selamanya. Tetapi kita sendirilah yang bertanggungjawab menentukan corak dan jalan hidup kita kerana kita lebih mengetahui kebolehan dan keupayaan kita daripada orang lain. Berusahalah dan mulakanlah sesuatu kerana setiap pemulaan itu jika dirancang dan diatur dengan baik maka akhirannya juga mungkin membawa kebaikkan kepada kita.

Anggaplah kesilapan dan kesalahan kita sebelum ini sebagai satu pembelajaran yang tiada nilainya serta pengajaran buat kita untuk terus mengharungi kehidupan kita seterusnya. Ingatlah mereka yang tersayang yang berada di sekeliling kita. Kenapa mereka masih sanggup bersama kita semasa kita mengalami dugaan dan cabaran hidup yang amat memilukan. Mereka akan tetap bersama kita walau apa pun berlaku dan bertanggungjawablah terhadap mereka dengan berusaha memperbaiki kehidupan kita seterusnya.

Mungkin kita perlu memulakan kehidupan kita semula dengan cara yang lebih baik dan bersungguh-sungguh serta elakkan dari membuat kesilapan yang akan merugikan kita baik di sunia mahupun di akhirat. Rezeki secupak tak akan menjadi segantang tetapi rezeki akan bertambah lebih daripada segantang atau lebih banyak dari itu jika kita berusaha bersungguh-sungguh dengan menetapkan matlamat dan usaha kita.

Maafkan kawan dan lawan

Hidup ini perlu realistik. Perlu berpijak di bumi nyata. Perlu mengaku kekuatan dan kelebihan orang lain walaupun diri kita sebenarnya teraniaya dan mengalami kerugian.

Perlukah kita berdendam atau memendam rasa semata-mata disebabkan kita ini keras hati. Kita perlu mempunyai sikap memaafkan orang lain kerana dengan sendiri sebenarnya kita akan lebih bersikap terbuka, ikhlas dan tulus. Ini bukannya semata-mata untuk memenangkan orang lain atau lawan kita tetapi lebih bersikap pemaaf dan menerima kenyataan.

Jika kita kalah dalam satu-satu pertarungan, maka kita hendaklah menerima kenyataan bahawa kita sudah kalah walau apa keadaan sekalipun samada secara ia berlaku secara adil atau tidak. Ia juga samalah seperti jika kita mengalami kecurian atau kehilangan sesuatu barangan dengan cara diambil orang maka itulah ketentuanNya. Begitu jugalah jika kita mengalami kemalangan maka redhailah ia kerana juga telah ditentukanNya.

Jodoh, rezeki dan ajal maut ditangan Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui. Berdoalah kita semoga kita mendapat hidayah dan berkatnya semasa menjalani hidup kita ini. Mungkin ada hikmat di sebalik kekecewaan dan kekalahan kita itu.

Jika perlu kita berusahalah menuntut keadilan dan hak kita dengan cara yang telah ditetapkan iaitu keadilan atau melalui mahkamah. Mungkin rezeki kita ada tapi dengan cara yang rumit untuk mendapatkannya di samping memerlukan pemahaman yang lebih luas dengan ilmu yang ada.

Walau apa pun kemarahan dan tidak berpuas hatinya kita terhadap perbuatan mereka itu, yang terbaiknya adalah memaafkanlah kawan dan lawan kita itu. Semoga tiadanya dendam antara kita kerana sifat dendam itu sebenarnya akan memakan diri kita sendiri.

Ramai orang yang sedang mengalami dan menjalani rawatan sakit mental adalah disebabkan ia tidak boleh memaafkan orang lain. Sifat dan sikap berdendam mereka itu akhirnya membuatkan kita sukar untuk meneruskan kehidupan kita dengan baik dan gembira. Jika kita memaafkan orang lain maka Allah akan melapangkan diri kita kerana Allah lagi maha pengampun terhadap kesalahan dan dosa yang lebih dahsyat dan besar yang dilakukan oleh umatnya jika umatnya menginsafinya.

Friday, May 21, 2010

Kawan dan sahabat semasa bekerja

Apa guna berkawan jika hanya untuk menyusahkan mereka. Kita juga akan berasa bersalah jika meninggalkan kawan dan sahabat semasa mereka sedang menghadapi masalah. Jika kita berkawan dengan cara yang betul maka kita akan mengenali kawan kita tersebut dengan lebih baik luar dan dalam. Kita akan tahu apa tindakan kawan kita tersebut walaupun perkara yang mereka lakukan tersebut adalah salah.

Sokonglah kawan dan sahabat kita jika mereka melakukan perkara yang baik dan betul. Tetapi jangan segan atau malu untuk menegur mereka jika mereka sedang melakukan kemungkaran atau perkara yang salah. Ini adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus melakukan kesilapan dan kemungkaran yang boleh menjejaskan kehidupan mereka nanti. Jika kita tidak berani atau sampai hati untuk berbuat begitu maka jadilah kita sahabat atau kawan yang hanya mementingkan diri sendiri dan sersubahat dengan maksiat dan kemungkaran walaupun kita baik sekalipun.

Enjoy dengan cabaran dan masalah

Enjoy dengan kehidupan kita. Satu per tiga dari kehidupan harian kita di peruntukkan untuk kerja. Bermula dari seawal pagi hingga senja kita akan bekerja untuk mendapatkan bayaran gaji yang digunakan untuk kehidupan kita.

Satu per tiga lagi akan digunakan untuk tidur dan berihat iaitu untuk diri sendiri. Hanya anggaran empat ke enam jam sahaja masa yang dapat diluangkan tuk keluarga iaitu masa yang paling berharga dalam hidup kita.

Pada keseluruhannya kita hendaklah bergembira dengan hidup kita terutamanya apabila sedang bekerja mahupun apabila bersama keluarga. Walau apa pun berlaku samada disenangi atau tidak disukai maka hadapilah ia dengan gembira. Enjoy dengan kehidupan dan kerja kita.

Sebenarnya masalah dan cabaran merupakan halangan kepada kita tetapi jika kita menghadapinya dan menyelesaikannya dengan baik maka banyak faedah yang akan kita perolehi terutamanya kepuasan yang membahagiakan kita. Kegagalan juga bukannya akhiran kepada hidup kita. Terus hadapi cabaran tersebut seperti kita menyukainya dan berharapkan faedah dan kebaikkan darinya.

Friday, April 30, 2010

Tersepit disebabkan kealpaan

Jerat tidak pernah melupakan pelanduk cuma pelanduk sahaja yang melupakan jerat. Jika kita sentiasa diperhatikan atau ada seseorang yang sedang memerhatikan kita untuk mencari kesilapan dengan tujuan untuk diambil tindakan maka akhirnya kita akan terperangkap.

Walaupun kita tidak bersalah tetapi mereka akan tetap mewujudkan kesalahan kita, inikan pula jika sememangnya kita telah melakukan kesalahan. Mereka akan membesarkan kesalahan kita tersebut sehingga hukuman yang dikenakan keatas kita memberi kepuasan kepada mereka semua.

Berwaspadalah. Siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan. Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan kerana kita hanya manusia biasa dan sememangnya kita tidak dikurniakan keistimewaan sebegitu. Bumi mana tak di timpa hujan. Walaubagaimanapun, itu bukanlah pengakhiran hidup kita. Setiap orang tetap akan ada pembalasannya dan bersabarlah untuk menghadapi sebarang dugaan hidup.

Apa cerita sebenar

Kenapa masih ada sifat dengki, khianat, iri hati dan sakit hati. Perlukah kita berdendam dan membalas dengan menganiaya orang lain demi kepuasan diri sendiri. Adakah kuasa akan melayakkan kita secara automatik untuk berbuat apa saja terutamanya menjatuhkan orang lain. Dimanakah sifat kemanusiaan kita.

Wang atau kebenaran. Kuasa atau keadilan. Kebaikkan atau kemungkaran. Mungkin ia sesuatu yang amat mengelirukan bagi mereka yang mementingan kepentingan peribadi serta mempunyai agenda yang tidak baik.

Berpuas hatikah kita jika dapat menjatuhkan orang lain dengan menggunakan kuasa sementara kita itu?

Thursday, April 8, 2010

Bekerja untuk mencari rezeki halal

Perlukah kita bekerja. Dimana kita hendak bekerja. Adakah majikan yang memerlukan pekerja macam kita. Sebenarnya bekerja untuk apa. Mana pula keutamaan kita, majikan atau tuan besar.

Semua orang memerlukan pekerjaan demi menjamin masa depan. Jika kita tidak bekerja maka sukarlah kita untuk meneruskan kehidupan.

Kita bekerja untuk mendapatkan imbuhan yang boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan kehidupan ini. Jika kita mempunyai tanggungan maka kita memerlukan perbelanjaan yang lebih besar untuk menampungnya.

Oleh itu kerja amat penting demi menjamin kehidupan yang baik.

Sunday, March 21, 2010

Peluang bekerja

Bukan semua orang boleh memperolehi kerja dengan senang. Ini adalah disebabkan setiap orang mempunyai kepakaran dan pengetahuan serta pengalaman kerja tertentu selain mempunyai kelulusan. Oleh itu mereka yang tiada kelulusan maka bolehlah menentukan kerja mereka dengan apa yang ditawarkan oleh majikan. Tetapi bagi mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman, mereka juga ingin menggunakan pengetahuan dan pengalaman mereka sebagai sokongan dan kelebihan dalam pekerja baru mereka. Berbeza pula dengan mereka yang mempunyai kelulusan yang semestinya ingin menggunakan kelulusan tersebut sebagai sokongan dan jaminan kepada pekerjaan baru mereka.

Perlukah kita memilih atau mengikut saja dengan apa yang ditawarkan. Sebenarnya ia lebih merumitkan kerana persaingan jawatan akan berlaku tanpa perbezaan antara bakal pekerja dan akhirnya semua orang perlu memulakan dari bawah tanpa diambil kira pengalaman dan kelulusan yang mereka ada.

Tuesday, March 16, 2010

Perumahan Nelayan Benut Rendang

Mengapa perumahan tersebut tergendala sehingga begitu lama. Tidakkah MB telah bertukar ganti dan MB sekarang juga telah lama mentadbir negeri ini. Bagaimana pula dengan Pengarah LKIM Negeri dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan sendiri telah beberapa kali bertukar pengarah dan pengurus. Berapa ramaikah nelayan yang telah meninggal dunia dan bagaimana dengan waris mereka yang selama ini hidup tanpa perhatian.

Apabila seseorang nelayan itu meninggal dunia maka terputuslah hubungan keluarga mereka dengan persatuan kerana keahlian mereka hanya untuk diri sendiri dan semasa hidup sahaja. Bagaimana pula dengan kedudukan nelayan yang tidak lagi keluar kelaut menangkap ikan. Mengapa masih menggunakan kesempatan sebagai nelayan tulen. Tidakkah mereka sepatutnya ditukarkan kategori atau tidak lagi layak sebagai ahli.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/15/mstar_berita/20100315155544&sec=mstar_berita

Banyak perkara yang perlu diambil perhatian untuk memberi perkhidmatan yang baik dan adil kepada semua nelayan, ahli, pengguna dan pekerja di persatuan nelayan. Jangan ada mereka yang berpolitik dan mengambil kesempatan dalam urusniaga persatuan nelayan samada politik pembangkang atau politik menyalahgunakuasa dan pengaruh.

Monday, March 15, 2010

Mesyuarat Agong Tahunan

MAT adalah sesuatu yang mesti dilakukan setiap tahun bagi melicinkan urusan pentadbiran dan aktiviti persatuan. MAT juga adalah tempat ahli berkumpul untuk memilih wakil mereka dalam persatuan tersebut selain untuk mengetahui kedudukan kewangan dan operasi persatuan. MAT ini amat penting untuk memastikan persatuan tersebut berada dalam kedudukan yang baik serta berkemampuan dan terhindar dari sebarang bentuk salah laku dan penyelewengan dalaman.

Ahli lembaga yang di pilih adalah bertanggungjawab terhadap aktiviti persatuan dan pekerja mereka. Walaubagaimanapun mereka perlulah jujur dan bertanggungjawab terhadap tugas dan kuasa mereka semasa melaksanakan tugas di persatuan. Jika mereka tidak berkemampuan maka senanglah pegawai dan pekerja mengambil kesempatan keatas kelemahan mereka. Berkemungkinan mereka mungkin gagal untuk mengesan penyelewengan yang berlaku atau mereka telah dipergunakan untuk menghalalkan cara atau mereka sendiri juga terlibat dalam penyalahgunaan kuasa semasa memimpin dan melakukan penyelewengan terancang sambil berlakun sebagai pemimpin yang bertanggungjawab.

Sedarlah diri siapa kita sebenarnya, matlamat kita memimpin serta ukurlah keupayaan dan kemampuan diri sendiri. jangan menjadi pak turut atau lalang yang mengikut arah angin atau seperti tikus membaiki labu.

Saturday, March 13, 2010

Menuntut ilmu

Belajar dan teruslah belajar sehingga ke hujung nyawa. Ini disebabkan banyak ilmu dunia dan akhirat yang perlu kita tahu untuk terus mengharungi dan menghadapi kehidupan kita ini. Jika kita berilmu maka fahamlah kita akan maksud kehidupan kita dan arah tuju kehidupan kita. Kita juga dapat menilai baik buruknya sesuatu perkara itu dengan baik. Banyak perkara yang diluar jangka akan berlaku dalam kehidupan kita dan kita juga akan bertindak diluar kawalan dan batasan serta keupayaan kita untuk menyelesaikannya.

Dengan ilmu pengetahuan juga kita boleh merancang kehidupan kita dengan lebih teratur dan baik disamping menetapkan sasaran mengikut keupayaan kita yang sebenar. Bukalah mata untuk melihat apa yang ada disekeliling kita dan berusahalah dan merancanglah mengikut keupayaan dan kebolehan kita sebenar untuk memperbaiki diri dan kehidupan kita menjadi lebih baik dan sempurna.

Wednesday, March 10, 2010

Menguji diri

Kita tidak dapat lari dari diuji dan menguji. Setiap perkara yang kita lakukan akan diuji samada kita sendiri yang mengujinya atau oleh orang lain. Ujian amat perlu dilakukan untuk menentukan tahap kefahaman dan kepandaian kita. Jika kita takut diuji maka sebenarnya kita tidak yakin dengan kebolehan dan kekuatan diri sendiri. Ujian juga boleh menentukan tahap keupayaan kita untuk terus bersaing danmenghadapi kehidupan hari esok. Jika kita gagal dalam ujian bukan bererti kita gagal dalam kehidupan tetapi sebenarnya kita perlu memperbaiki diri kerana terdapat kelemahan pada diri kita yang memerlukan kita perbetulkan.

Jika kita melepasi semua ujian yang telah ditentukan keatas diri kita maka kita akan merasa yakin dengan diri sendiri dan orang lain juga bolehlah menaruh harapan atau bergantung harap pada diri kita untuk melakukan sesuatu atau melaksanakan tugas. Ujian sebenar adalah kehidupan kita sendiri. Walaupun banyak ujian yang telah dan sedang kita hadapi tetapi kita masih lupa dengan matlamat dan tujuan kita hidup iaitu untuk beribadat kepada Allah.

Tuesday, March 9, 2010

Isi dengan kuku

Isi dan kuku tidak dapat dipisahkan kerana ia telah dijadikan bersama-sama. Jika ada isi maka di situ juga ada kuku. Kuku ditugaskan untuk melindungi isinya. Sebab itu ia lebih keras bentuk dan fizikalnya. Kuku semakin hari semakin panjang dan perlu dikerat untuk menentukan bentuknya dan sesuai dengan jari dan isinya. Jika tiada kuku maka isi akan sangat sensitif kerana bentuk rupanya yang lembut.

Ketua dan anak buahnya juga diumpamakan seperti isi dan kuku. Ketua perlu melindungi anak buahnya. Setiap perkara yang dilakukan pleh anak buahnya perlulah mengikut arahan ketuanya. Sebab itu ketua mempunyai lebih tanggungjawab kepada anak buahnya. Tetapi jika anak buahnya melakukan kesalahan maka sesuatu perlu dilakukan untuk melindungi organisasi. Organisasi lebih penting daripada individu termasuklah ketua. Jika ketua sendiri yang melakukan kesalahan maka dengan sendirinya ketua tersebut tidak lagi layak untuk berkhidmat disitu. Setiap perkara ada aturannya dan setiap individu tidak boleh lepas daripadanya jika melakukan kesalahan.

Sunday, March 7, 2010

Bekerja berkhidmat

Bertanggungjawab dengan apa yang telah kita lakukan. Jika kita bersalah maka perbaikilah diri dan perbetulkan kesilapan. Terlajak perahu boleh diundur jika terlajak kata maka padahlah akibatnya. Mengapa kita sering menyalahkan orang lain untuk menunjukkan diri kita betul. Kenapa tidak kita memperbetulkan diri kita menjadi yang terbaik dan contoh kepada mereka.

Jika kita berkumpulan maka kita juga bertanggungjawab terhadap kumpulan kita. Kita perlu menghormati mereka sebagaimana kita ingin mereka menghormati kita. Akan terlantiklah seorang ketua yang perlu dihormati semua dan juga sebagai wakil kepada kumpulan. Bertindak secara berkompromi dan berjemaah dengan kepentingan semua. Tiada lagi kepentingan sendiri kerana kepentingan kumpulan telah meliputi semua.

Jika ketua dan orang yang berkuasa melakukan kesilapan maka tindakan juga perlu diambil kepada mereka dan bukan hanya kepada ahli bawahan sahaja. Setiap perkara itu ada peraturan dan undang-undangnya dan semestinya tindakannya lebih drastik. Harapkan pagar, pagar makan padi. Tanggungjawab adalah amanah yang diberikan kepada seseorang itu maka jujurlah dan amanahlah kepada tanggungjawab tersebut.

Friday, March 5, 2010

Bertanggungjawab dengan kuasa yang ada

Kenapa kita hanya menonjolkan kebaikkan diri kita dan keburukkan orang lain. Seolah-olah hanya kita sahaja yang pandai dan mereka sahaja yang bersalah dan tidak pandai. Siapa kita yang boleh menilai seseorang itu dan menjatuhkan hukuman dan bagaimana pula dengan diri kita yang kita nilai sendiri. Tidakkah menutup aib orang lain itu adalah merupakan perkara yang dituntut. Bersikap adillah kepada diri sendiri dan orang lain semasa kita berkuasa. Bertindak mengikut peraturan dan perlembagaan. Jika berlaku kesalahan perlulah diambil tindakan yang adil dan saksama. Janganlah terdapat pilih kasih serta penganiayaan dalam membuat sebarang keputusan kerana kita akan dipertanggungjawabkan segalanya kemudian nanti. Sememangnya kita berkuasa tetapi mungkin juga kita telah menyalahguna kuasa atau tersilap membuat keputusan disebabkan kurangnya maklumat atau tersalah maklumat yang diperolehi atau mempunyai agenda tersembunyi dalam tindakan kita. Jika penganiayaan berlaku daripada keputusan tindakan kita tersebut maka sebenarnya kitalah yang paling jahat dan keji kerana kuasa tersebut. Semua perkara memerlukan ilmu, berlandaskan kepada keadilan dan kebenaran tanpa penganiayaan dan penindasan serta penyalahgunaan kuasa.

Kebijaksanaan mencerminkan tahap diri kita yang sebenar. Bijak membuat keputusan demi kesejahteraan dan keharmonian semua.

Thursday, March 4, 2010

Lupa diri

Manusia cepat berubah dengan kemajuan yang sedang dinikmati sekarang. Banyak perkara yang dahulunya janggal untuk dilakukan tetapi sekarang ia merupakan rutin harian mereka. Perubahan teknologi dan kemajuan yang semakin berkembang pesat sekarang membuatkan kita lupa atau melupakan sejarah silam kita serta asal usul kita. Kita beranggapan bahawa diri kitalah yang menjadi ajen perubahan ini tetapi sebenarnya kita hanya satu barangan yang telah diubah dan ditambah nilai. Ia samalah seperti kita mencipta satu produk yang kemudian ditambah nilai dan akhirnya diedarkan untuk digunakan. Produk tersebut tidak akan dapat balik ke bentuk asal dan akhirnya produk tersebut akan digunakan sehingga ia tidak boleh diguna lagi dan dibuang. Tamatlah riwayat produk tersebut. Tempoh satu-satu produk tersebut bergantung kepada ketahanan dan kepentingan dirinya kepada orang lain. Tetapi sedarlah bahawa semuanya akan berakhir yang tiada yang akan kekal kecuali diriNya.

Monday, March 1, 2010

Ukur baju badan sendiri

Kenapa perlu kepada kepakaran untuk maju kehadapan. Bukan semua orang boleh memikirkan dan melaksanakan tugas. Walau sesenang mana pun tugas tersebut maka ia perlu diserahkan kepada yang mahir dan pakar untuk melaksanakan dengan sasaran tertentu sebagai tanda aras. Semua orang akan berpuas hati dengan kerja yang telah mereka laksanakan dan kemudian dituruti dengan berbagai alasan sebagai sokongan dan alasan. Jika tugas tersebut telah ditanda araskan maka kita dapat mengurangkan alasan kerana pencapaian diutamakan dalam pengurusan. Mereka perlu memberi alasan kepada diri sendiri kenapa ia mencapai tahap sebegitu dan dengan sendirinya mereka akan mengalah dan tahu keupayaan diri sendiri. Ini juga dapat mengelak daripada kita melarikan diri dari tanggungjawab atau menyerahkan tugas kita kepada orang lain. Kita juga perlu memikirkan hasilnya sebelum sesuatu tugas itu dilaksanakan dan bukannya selepas ianya dilaksanakan. Ini untuk mengelakkan daripada melakukan tugas yang sia-sia dan membazir tanpa matlamat dan arah.

Perancangan yang teliti dan kemas dapat mengelakkan pembaziran dan meningkatkan hasil dan juga mengelakkan daripada salah menyalahkan orang lain. Keupayaan seseorang juga dapat diukur sendiri oleh pelaksana tersebut kerana ukur baju badan sendiri.

Sunday, February 28, 2010

Terima kasih

Bersyukur kerana dapat menyumbang idea, tenaga dan masa kepada organisasi seperti ini. Tiada penyesalan yang dirasa kerana setiap sumbangan tersebut adalah ikhlas untuk memajukan dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Malah ia memberi kepuasan kerana berjaya melaksanakan tugas tersebut walaupun terdapat berbagai halangan dan kutukan. Kerja dengan penuh komitmen dengan mengamalkan yang hitam itu hitam tanpa menghalalkan cara memberi kepuasan kerana dapat dipraktikkan sepenuhnya sehingga menimbulkan tidak puas hati di kalangan staf dan pengurusan. Banyak perkara yang negatif berlaku tetapi tiada tindakan susulan yang berkesan diambil terhadap perkara tersebut dan akhirnya ia menjadi parah dan menguasai keadaan. Sokongan dengan menyelamatkan kroni dan penyeleweng tersebut mungkin untuk menjaga nama baik organisasi tetapi sebenarnya ia merosakkannya. Disebabkan oleh takut dengan keadaan dan kebenaran maka berlakulah penyalahgunaan kuasa yang dahsyat. Sogokan juga telah diberi untuk mengelakkan tindakan diambil tetapi sebenarnya itulah yang mengambarkan siapa sebenarnya mereka. Sama-samalah kita menginsafinya demi kebenaran, keadilan dan kesejahteraan secara holistik. Yang berhak perlu dihormati dan yang bersalah pula perlu diambil tindakan.

Masih terasa

Walaupun telah lama berlaku dan berlalu tetapi ia masih dalam ingatan dan tetap akan sentiasa dikenang. Kenapa harus berlaku sesuatu yang amat menyakitkan hati dan menguris perasaan. Mungkin di satu pihak ia menjadi suatu kebanggaan kerana dapat melunaskan dendam kesumat mereka. Dengan penganiayaan serta fitnah tersebut telah menyebabkannya seseorang dinyahkan dari tempat ini. Tetapi adakah tindakan tersebut betul dan mereka boleh bertindak begitu. Mungkin telah berlaku suatu yang tiada nas atau asas untuk mereka bertindak begitu dan sesuka hati. Atas kuasa yang mungkin disalahguna yang boleh memakan diri serta penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat sekali ini sepatutnya perlu diteliti dari segi kebenaran dan keadilannya terhadap semua pihak terbabit. Kerakusan tersebut mungkin boleh menyebabkan penindasan dan penyalahgunaan kuasa dan kepentingan diri berlaku. Semoga semuanya akan berakhir dengan kemenangan kepada pihak yang berhak demi keadilan semua pihak.

Belang harimau

Pak belang mempunyai belang yang berbeza antara satu sama lain walaupun semuanya berbelang. Belang tersebut melambangkan siapa mereka dan identiti mereka. Belang tersebut hanyalah gambaran luaran iaitu apa yang orang nampak dan lihat terhadap kita. Maybank menggunakan lambang harimau untuk menunjukkan bank mereka yang kukuh dan kuat. Dengan lambang tersebut pelanggan tahu bagaimana Maybank beroperasi dan yakin dengan mereka.

Kita juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Tetapi pandangan dan tanggapan orang amatlah berbeza terhadap sesuatu perkara atau seseorang kerana ia bergantung kepada niat dan kepentingan diri mereka iaitu orang yang memberi pandangan dan bukannya objek tersebut atau orang itu. Oleh itu mereka bebas membuat cerita dan fitnah mengikut selesa mereka dan bukannya kepada perkara sebenar. Kebiasaannya mereka mempunyai kuasa terhadap orang itu dan hanya memerlukan sokongan untuk menunjukkan tindakan mereka itu betul iaitu mempunyai sokongan majoriti.

Tidak jujur pada pekerjaan

Setelah kita diambil bekerja, kita akan diberi tugas tertentu dengan peraturan tata cara yang telah ditetapkan. Kita hendaklah patuh dengan arahan yang diberi dan membuktikan kita boleh diharapkan dengan amanah tersebut. Pegawai atasan kita juga akan bertanggungjawab terhadap kita dan tugas yang kita lakukan. Beliaulah yang akan mengawal dan memberi arahan dari masa ke semasa. Sebagai pekerja kita hendaklah akur dengan kerja kita dan bukannya cuba mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain. Berkemungkinan tiada tindakan atas kesalahan yang kita lakukan atau kelemahan yang ada pada kita kerana kita masih diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki diri dan bukannya lupa diri.

Seringkali pekerja yang datang lambat untuk bekerja dengan berbagai alasan tetapi tetap mengulangi lagi selepas itu kerana tiada tindakan yang serius diambil oleh pegawai atasan. Ada juga pekerja yang mengambil kesempatan atas amanah yang diberikan dengan menggunakan duit jualan atau duit modal yang ada pada mereka untuk kegunaan sendiri sehingga sanggup menipu dengan pelbagai alasan. Disebabkan kemalasan dan sikap tidak bertanggungjawab pekerja juga akan menjejaskan nama baik dan aktiviti tersebut dan pelanggan tidak senang dan merunggut dengan perkhidmatan yang diberikan tetapi pekerja tersebut dengan senang hati menyalahkan pegawai atasan dan tempat mereka bekerja. Pengaruh teman-teman yang sikap melindungi kesalahan mereka menunjukkan mereka juga bersubahat terhadap kesalan tersebut. Apabila ditegur kesalahan yang dilakukan mereka akan memberontak dan memprotes kononnya pegawai atasan bersikap kasar dan tidak faham pekerja bawahan demi melindungi kesalahan mereka seperti datang lambat, kehilangan wang, bersubahat dengan pelanggan dan menggunakan harta majikan. Hanya renungan kebenaran.

Friday, February 26, 2010

Ber1Malaysia

Bersatulah rakyat Malaysia dalam 1Malaysia tetapi bagaimana? Untuk siapa sebenarnya 1Malaysia ini? Kenapa perlu 1Malaysia? Apa perbezaannya dengan slogan yang lain? Apa keistimewaannya dan apa gunanya? Mana arah tujunya? Apa tujuannya? Apa ukurannya? Apa faedah yang akan diperolehi oleh dia dan aku?

Dalam politik Malaysia yang bermain dengan idealogi yang berbeza dalam suasana dan persekitaran yang sama mungkin ia amat sukar untuk dilaksanakan. Ini disebabkan keikhlasan semua pihak yang terlibat iaitu ahli politik, ahli persatuan politik, anggota kerajaan, pihak swasta dan rakyat jelata perlu diselaraskan kepentingannya. Jika matlamat dan tujuan mereka berbeza maka kepentingan diri lebih diutamakan kerana semuanya berkehendakkan kedudukan, kesenangan dan kewangan.

Difikirkan asasnya perlu diperbetulkan iaitu kehidupan bernegara perlu diselaraskan dengan pendidikan dan peraturan yang jelas. Politik bukanlah segala-galanya. Politik perlu dihadkan dengan syarat-syarat dan peraturan tertentu. Jangan biarkan politik merosakkan negara dengan mencampur adukkannya dalam pentadbiran negara. Rakyat adalah segala-galanya. Terdapat perubahan dalam persepsi rakyat yang semakin bersifat terbuka dan akan mempengaruhi keseluruhan politik tanah air pada masa depan. Tidak seperti sebelumnya dimana pemimpin yang mempengaruhi rakyat dengan memperkotak-katikan mereka. Tetapi itu akan menjadi sejarah.... masa depan kita yang menentukannya..... rakyat.

Wednesday, February 24, 2010

Nelayan asing

Kemajuan industri perikanan di Thailand mengambarkan kehebatan nelayan dari negara mereka. Thailand mempunyai nelayan yang rajin berusaha dan berani mengambil kesempatan walaupun menempuh risiko yang besar. Melalui tinjauan dimaklumkan kehebatan nelayan Thailand ini boleh dikenalpasti dengan fakta bahawa tiada negara yang mempunyai laut yang tidak pernah menangkap nelayan Thailand. Ini bermakna mereka telah menangkap ikan hampir seluruh dunia dan cara menceroboh.

Tetapi pada zahirnya, nelayan Thailand hanyalah mereka yang tinggal di pergunungan iaitu bahagian utara negara itu dan juga tinggal di sempadan dan merantau ke bahagian selatan untuk mencari kerja. Walaupun tanpa sebarang kemahiran mereka bekerja sebagai nelayan disebabkan kesesakkan kehidupan. Bekerja sebagai nelayan membri beberapa keuntungan kepada mereka diantaranya disediakan tempat tinggal di dalam bot, disediakan makan dan mempunyai pekerjaan tetap yang senang dipelajari.

Jika diperhatikan dalam sebuah bot ada hampir 30 orang termasuk taikong, juru enjin, tukang masak dan ketua awak-awak. Antara mereka hanyalah 3 - 5 orang sahaja yang benar-benar berkemahiran menangkap ikan di laut itupun kebiasaannya keluarga kepada tuan punya bot tersebut. Tetapi kelengkapan bot Thailand bersama setelite navigator, echo sounder, gps, sistem komunikasi yang canggih, bot yang besar dan enjin bot yang mempunyai kuasa yang kuat membuat mereka berani menangkap ikan di mana sahaja dan dalam keadaan apa sekalipun walaupun untuk jangka masa yang lama iaitu berbulan-bulan.

Thailand juga mempunyai kilang-kilang memproses ikan yang banyak. Walau apa jenis ikan dan dalam keadaan apa sekalipun ia tetap mempunyai permintaan. Banyak syarikat dari Thailand yang membuat usahasama denga negara luar untuk menangkap ikan di perairan mereka. Bagi mereka setiap perkara itu tetap mendatangkan keuntungan kepada mereka kerana mereka mempunyai pelbagai cara dan sebab untuk berbuat demikian.

Tuesday, February 23, 2010

Ikan laut dalam

Menangkap ikan di laut dalam memerlukan bot dan peralatan yang lebih lengkap. Antara peralatan yang diperlukan adalah pukat yang sesuai, gps, setelit navigator, echo sounder, petak penyejukkan serta enjin bot yang berkeupayaan tinggi. Awak-awaknya juga perlulah tahan lasak, mampu untuk bekerja kuat dan tinggal lebih lama di laut. Kebiasaannya bot laut dalam akan beroperasi di laut sekitar 14 hari. Mereka akan balik cepat ke pengkalan jika mendapat hasil tangkapan yang banyak jika tidak mereka akan beroperasi sehingga bekalan diesel, air batu, air dan makanan yang mereka bekalkan untuk anggaran 2 minggu. Kawasan tangkapan kebiasaannya melebihi 25 - 30 batu nautika.

Terdapat beberapa jenis bot laut dalam iaitu pukat rimau atau tunda, pukat jerut laut dalam dan bot pancing dan bubu laut. Disebabkan mereka akan berada lama di laut maka kebiasaannya ikan yang mereka tangkap awalnya akan mengalamai kerosakkan dan mereka perlu menyimpannya dengan sempurna menggunakan air batu atau bilik air-cond.

Pukat jerut menggunakan pukat yang panjang untuk dilengkarkan memerangkap ikan sebelum dijerut dan dinaikkan keatas bot mereka. Kebiasaannya ikan yang ditangkap adalah ikan species atas air seperti selar, kembung, selayang, cencaru dan selar kuning.

Pukat tunda pula akan beroperasi dengan melepaskan pukat ke dalam laut dan menariknya sehingga dirasakan pukatnya penuh. Kemudian akan di mesin menarik pukat yang berisi naik keatas bot. Ikan yang ditangkap kebiasaannya ikan yang berada di dasar laut seperti ikan merah, ibu kerisi, kerapu dan termasuklah makanan ikan yang dijadikan baja.

Bagi bot pancing pula akan keluar ke laut dalam untuk memancing dan mengangkat bubu yang ditinggalkan di kawasan laut. Ikan-ikannya lebih pelbagai kerana mereka lebiasaannya menangkap ikan di dasar laut seperti pukat tunda. Mereka juga lebih memilih tempat kerana mempunyai kepakaran dari segi kawasan dan mudah bergerak dan berpindah.

Nelayan pantai pula hanya berminat untuk membuat kerja mudah, senang dan boleh secara harian. Pendapatannya kurang dan dilihat kehidupan mereka lebih sukar. Jadilah nelayan yang berjaya atas keupayaan diri sendiri yang sentiasa dipertingkatkan.

Monday, February 22, 2010

Aset yang terlindung

Dalam perniagaan ada terdapat aset yang kepunyaan kita yang tidak digunakan dan aset kepunyaan pelanggan kita yang kita diamanahkan untuk menyimpannya. Peralatan tersebut haruslah di simpan dengan baik dan selamat. Antara peralatan yang masih tersimpan antaranya peralatan komputer dan perkakas untuk sistem lelong berkomputer yang mengalami masalah ketidakfahaman dan sabotaj pihak tertentu, tong fiber kepunyaan syarikat Penang untuk projek udang segar yang juga di sabotaj dan tong fiber kepunyaan jabatan prikanan yang masih belum diambil di projek kedai. Aset lain yang bermasalah adalah aset projek ikan segar, aset projek jualan terus dan pengangkutan yang bermasalah. Amanahlah kita kepada diri sendiri kerana itulah yang sepatutnya kita buat untuk harta persatuan.

Sistem lelong berkomputer

Satu inisiatif baru tidak semestinya diterima walaupun ianya baik jika kita sendiri tidak yakin dan tahu untuk melaksanakannya. Kehendak pembeli dan pelanggan perlu diperhalusi sebagaimana kita membuat penyelidikan mengenai pasaran dan permintaan. Ini disebabkan tujuan utamanya adalah untuk manafaat semua.

Sistem lelong yang dilaksanakan sekarang telah di manipulasi oleh pelelong. Ini disebabkan oleh keadaan yang sama dengan pembeli yang sama. Pelelong telah berpakat dengan pembeli untuk menghabiskan segera jualannya dengan sedikit imbuhan dari pembeli. Nelayan tidak mempunyai kuasa keatas ikan-ikan mereka dan akur dengan apa yang berlaku kerana mereka juga kenal mesra dengan pembeli tersebut. Oleh itu sistem tersebut telah korup dan perlu diatasi.

Sistem lelong berkomputer sengaja dipermainkan kerana kepentingan peribadi masing-masing antara pelelong dan pembeli. Pengurusan dan pekerja tidak serius untuk melaksanakannya kerana kurang arif dengan perlaksanaan dan objektifnya. Jika ia dilaksanakannya akan lebih merumitkan mereka tanpa imbuhan tertentu. Komitmen semua pihak dengan kemahiran dari pihak pengurusan serta pekerja amat diperlukan untuk menjayakan perlaksanaannya.

Barangan atau ikan akan dibungkus dan ditentukan kilonya. Harga permulaan ditetapkan sebelum dilelong. Pembeli dibenarkan untuk melihat barangan tersebut sebelum lelongan dilaksanakan. Semasa lelongan dilaksanakan pembeli akan menentukan harga yang mereka sanggup membayarnya. Pelanggan dengan harga tertinggi akan memenangi lelongan tersebut dan berhak terhadap barangan tersebut dengan harga yang telah dilelong. Jika pembeli tidak berminat dengan harga barangan tersebut maka barangan tersebut akan di simpan kedalam stor. Pihak pengurusan akan memborong barangan yang tidak dilelong dengan harga yang ditentukan kemudian. Pihak pengurusan juga berhak untuk menjadi ahli kepada lelongan tersebut untuk mendapatkan mana-mana barang dengan harga lelongan tertinggi. Pihak pengurusan dan pekerja perlu memastikan lelongan tersebut dibuat dengan cara profesional dan telus untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelelong hanya berhak menentukan harga permulaan yang keadaan kualiti serta harga pasaran yang sesuai untuk permulaan lelongan.

Saturday, February 20, 2010

Musim udang


Betulkah udang sangat sedap? Udang ada beberapa kategori mengikut jenis, saiz dan bentuknya. Ia dijual dengan pelbagai harga. Udang halus, minyak, belang, putih, harimau, solo, ekor biru, kehel dan udang krek merupakan udang yang biasa didapati. Ia boleh di dapati antara November hingga Febuari setiap tahun semasa dan selepas laut berombak dan musim tengkujuh. Walaupun permintaannya tinggi tetapi telah dimanupulasi oleh orang tengah yang ingin membuat kerja senang dan jahil dengan pemasaran luar. Inilah masalah nelayan yang dikawal oleh tauke baik China dan Melayu. Disebabkan mindanya yang tertutup dengan dunia luar dan hidup dalam dunianya sendiri masa sukarlah untuk dibuat perubahan. Mereka setia dengan tauke mereka kerana tempat bergantung dan kononnya orang luar ingin mengambil kesempatan keatas mereka. Sememangnya mereka telah diambil kesempatan oleh mereka yang berada di sekeliling.

Friday, February 19, 2010

Ikan segar


Ikan segar sedap di makan kerana ianya baru ditangkap. Apabila ikan sudah ditangkap ianya perlulah disimpan dengan baik iaitu dicampur dengan air batu untuk mengekalkan kesegarannya. Ikan cepat rosak jika tidak disimpan dalam tempat sejuk. Perutnya juga cepat pecah dan rosak apabila tidak dikendalikan dengan baik.

Proses Air Batu


Air batu di buat melalui air. Ia akan membeku apabila berada dalam suhu negatif(-). Lebih cepat ia membeku jika suhunya lebih sejuk atau lebih rendah dan ia lebih kecil dan sedikit. Jika kita memproses air batu secara kilang, kita akan menggunakan garam yang banyak untuk menyejukkan air di luar takungan dengan memusingkan air tersebut supaya ia lebih memberi berkesan. Tiada air garam digunakan di dalam air batu. Ia hanya digunakan di luar supaya air tersebut cukup sejuk dan dapat mengekalkan kesejukkannya. Ini dapat mempercepatkan proses membuat air batu.

Kos memproses membuat air batu secara kilang banyak diperuntukkan untuk letrik, air, pengangkutan, tenaga kerja dan maintenance iaitu penyelenggaraan. Disebabkan permintaannya banyak bergantung kepada jumlah ikan yang ditangkap nelayan dalam satu-satu masa maka pengeluarannya perlulah di kawalselia dengan bijak supaya dapat memenuhi permintaan dan dalam masa yang sama menjimatkan kos.

Air tersebut hanya mengambil masa yang singkat untuk dijadikan air batu tetapi memerlukan compressor yang kuat. Kilang air batu juga perlulah diselenggarakan dengan bijak supaya pengeluaran dan proses membuat semula dapat diseimbangkan kerana ini amat penting untuk mengekalkan kesejukkan kilang tersebut.

Thursday, February 18, 2010

Awak awak


Nelayan adalah orang yang bekerja menangkap ikan di laut secara berterusan. Awak-awak pula adalah orang yang bekerja sebagai nelayan dengan nelayan tersebut di dalam bot mereka. Ada nelayan yang keluar kelaut menangkap ikan seorang diri tanpa awak-awak mungkin disebabkan botnya kecil. Ini disebabkan ada berbagai saiz dan jenis bot nelayan bergantung kepada kawasan menangkap ikan di laut seperti bot laju, bot A, B, C dan C2. Kebiasaannya lebih jauh kelaut maka lebih besarlah bot mereka. Oleh itu lebih besar dan rumit peralatannya maka lebih memerlukan ramai awak-awak. Di dalam bot juga terdapat tukang enjin, tukang masak dan ketua awak-awak. Awak-awak ini kebiasaannya mendapat gaji harian bekerja dan sedikit saguhati atau kimisen. ada juga yang berkerja secara sistem panggu iaitu pendapatan bot di tolak belanja dan tauke kemudian bakinya dibahagikan mengikut keutamaan jawatan dan kerajinan serta kedudukan bekerja. Bagi bot yang mempunyai tangkapan yang lumayan maka awak-awaknya mempunyai pendapatan yang tinggi dan kuranglah pertukaran pekerja berlaku.

Wednesday, February 17, 2010

Kerja kais pagi dan petang untuk makan


Ada orang yang suka kepada cuti tetapi bagaimana dengan mereka yang kais untuk makan. Mereka perlu mengais sekerap yang boleh supaya boleh makan. Tidak semua kaisan mereka mendatangkan hasil lumayan. Kadang kala hanya melekat di celah gigi dan tiada hasil yang boleh di bawa balik ke rumah.

Sekarang banyak kedai yang di kuasai oleh bangsa China di buka semasa hari raya mereka. Sebab apa? Adakah mereka kesian kepada bangsa lain kerana tidak dapat membeli kerana kedai di tutup atau mereka takut bangsa lain akan mengusahakan sendiri kedai tanpa bergantung kepada mereka. Jika kedai di buka siapakah yang berkerja pada hari tersebut. Kemanakah perginya tauke tersebut? Kita telah digunakan sepenuhnya oleh mereka dengan sedikit imbuhan tetapi keuntungan sebenarnya mereka yang kaut.

Bila bangsa kita hendak sedar. Kenapa tiadanya usaha untuk melihat perkara yang berlaku di depan mata dan kenapa pula ianya tidak diambil tindakan. Sekurang-kurangnya perbanyakkan kedai makanan halal tetapi perlu di ingat jangan taukenya juga bukan Islam. Alibaba perlu di sabotaj seperti Israel kerana matlamat mereka sama.

Monday, February 15, 2010

Berkatilah hidup kami

Ya Allah, kami berdoa kepadamu semoga hidup kami diberkati dan diredhai olehmu dengan memberi tambahan rezeki, menyenangkan hidup dan kerja kami, melapangkan dada kami, tidak mengusutkan fikiran kami serta memberi kesihatan yang menyihatkan kami. Kami juga memohon semoga iman kami semakin kuat terhadapmu dengan meningkatkan usaha ibadat kami dan mengelakkan kami dari kemungkaran. Jauhkan kami daripada fitnah dan umpatan yang amat menyakitkan umpama memakin daging dan membunuh itu. Semoga hidup kami, pekerjaan kami, ibadah kami, sembahyang kami dan mati kami dalam keredhaanmu. Aminyarabbilalamin

Saturday, February 13, 2010

Nelayan


Tidak semua nelayan hidup dalam kesusahan. Ramai di kalangan nelayan yang hidup dalam kemewahan serta mempunyai rumah serta kereta mewah. Ada juga anak nelayan yang telah berjaya dalam pelajaran sehingga ke universiti. Semuanya ini bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan mereka untuk berusaha bekerja dan tahu menguruskan keluarga. Rezeki bagi mereka terbentang luas di lautan dan terpulanglah kepada untuk menguruskannya. Tiada had pendapatan bagi mereka kerana di situlah punca p-endapatan mereka. Walaupun laut bergelora, angin yang kencang, arus yang deras serta kuala yang berubah-ubah maka itulah pusingan rezeki mereka.

Sememangnya nelayan bekerja di laut dengan menggunakan bot samada kecil atau besar dan peralatan menangkap ikan seperti pukat, jaring, bubu, rawai, joran dan kail. Sebenarnya mereka hanya perlu menguruskan pekerjaan mereka secara bijak. Mereka perlu merancang serta menetapkan sasaran kerja mereka untuk meningkat maju serta berjaya mempunyai pendapatan yang besar.

Bagaimana menguruskan kerja mereka? Mereka yang lebih arif bila, di mana, bagaimana, dengan siapa serta mengapa perlu bekerja keras dan bijak.

Pendapatan berkomisen

Banyak perniagaan yang di buat hanya berpandukan kepada komisen sebagai pendapatannya. Antaranya ialah perniagaan insuran dan agensi perkhidmatan. Kebiasaannya perniagaan begini tidak bertahan lama kecuali terdapat perjanjian yang di buat atau syarikat berkenaan telah lama beroperasi.

Kepercayaan. amanah dan kejujuran dalam menjalankan perniagaan yang berteras komisen amatlah dituntut. Perniagaan komisen sangat sesuai kepada perniagaan yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap kerana ini dapat mengelakkan ketidakadilan pengagihan pendapatan tersebut berlaku dan menggalakkan bekerja keras.

Nelayan juga tergolong dalam pendapatan yang tidak tetap. Belanja operasinya juga bergantung kepada kekerapan ia keluar menangkap ikan di laut dan keadaan bot serta enjinnya. Jika mereka bernasib baik dan mempunyai tangkapan yang banyak dengan harga yang tinggi maka mereka akan mempunyai lebihan pendapatan dan besarlah pendapatan mereka pada masa itu. Begitu juga dengan awak-awak, pekerja yang berkaitan serta tauke atau pemodal. Jika tidak belanja yang berlebihan terpaksa di bawa ke trip hadapan dan ia akan menjadi semakin besar. Bagi bot kecil, mereka akan cuba mendapatkan pinjaman dari tauke dan pemodal sebagai pinjaman belanja. Kebiasaannya hutang ini semakin bertambah sehinggalah mereka terikat dan akan bertuankan dengan pemodal tersebut sehingga selamanya.

Friday, February 12, 2010

Stres di tempat kerja

Tekanan dalam pekerjaan adalah biasa kerana setiap apa yang kita buat dan laksanakan mesti mempunyai kesan baik buruknya. Kita sebagai pelaksana juga mempunyai kehendak, kemahuan, sikap dan tangkah laku. Kita lebih suka buat apa yang kita hendak dan suka tetapi jika kita bekerja kita terpaksa mematuhi arahan dan mengikuti peraturan yang sememangnya mengikat serta mengongkong kebebasan kita. Maka disebabkan ketidak selarian inilah timbulnya tekanan atau stres.

Tanda-tanda stres boleh di lihat melalui kesannya seperti gelisah, kelesuan, hilang tumpuan dan tidak bermotivasi, tingkah laku yang berbeza, air muka yang tidak ceria, bersikap berlebihan, hilang selera untuk makan dan gangguan tidur.

Kesan-kesan ini lebih cepat dirasai oleh orang-orang yang berada rapat disamping kita terutamanya isteri dan anak-anak kita. Dalam masa 24 jam kita hanya berada antara 8-10 jam di tempat kerja dan kebiasaannya 10-16 lagi bersama keluarga. Kita berehat, makan, tidur serta beriadah selalunya bersama keluarga.

Keluarga itulah ubat yang paling berkesan untuk kita menghilangkan stres disamping mengawal diri untuk rilaks, tidur yang cukup, selalu bersenam, amalkan aktiviti dan hobi yang menyeronokkan. Elakkan diri dari minum arak, hisap rokok dan dadah kerana ia akan menyebabkan kita berlebihan. Banyakkan berdoa dan mengamalkan ajaran agama dan terapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.

Thursday, February 11, 2010

Ikan Aya Tuna


Tahun 1987 bermulalah era kerjasama penangkapan ikan laut dalam di Zon Ekonomi Ekslusif di Laut China Selatan berpusat di Jeti Lama, Pelabuhan Kuantan antara syarikat Malaysia dan Thailand. Ia dilancarkan pada September 1987 oleh bekas perdana menteri kedua-dua negara.

Sebanyak 42 buah lesen pukat jerut tuna di keluarkan oleh jabatan perikanan untuk menangkap aya untuk syarikat tersebut. Disebabkan tiadanya kelengkapan bot, kemahiran dan tenaga terlatih untuk menangkap ikan tersebut maka bot dan nelayan Thailand digunakan sepenuhnya. Bot Thailand dan nelayannya mempunyai sistem bekerja yang jauh berbeza dengan anak tempatan. Mereka sanggup berada di laut lebih daripada 10 hari, tahan lasak, rajin dan patuh kepada ketua. Walaupun begitu syarat lesen tersebut menetapkan syarikat perlu menambah dan melatih pekerja tempatan sebanyak 10%setiap tahun sehingga teknologi dan kemahiran tersebut dapat di pindahkan kepada anak tempatan. Ikan yang ditangkap juga hendaklah di jual untuk pasaran tempatan tetapi disebabkan kurangnya permintaan pembeli tempatan maka keseluruhan ikan tersebut terpaksa diistiharkan untuk ekspot ke Thailand. Permintaan kilang-kulang di selatan Thailand sangat tinggi dengan hatga yang sangat baik. Thailand juga tidak menghadapi masalah membekalkan tenaga mahir dan kurang mahir kerana mempunyai tenaga kerja yang ramai dan murah serta terlatih dengan kelengkapan peralatan yang berteknoloji tinggi.

Berbagai masalah yang telah berbangkit baik di pihak pengurusan syarikat mahupun kerajan Malaysia dan Thailand semasa syarikat ini beroperasi sehinggalah ia berkubur disebabkan sifat tamak haloba dan salah guna kuasa terhadap pekerja selepas 7 tahun beroperasi. Tiada kemungkaran yang akan kekal selamanya.

Wednesday, February 10, 2010

Dunia hanya sementara

Paling lama rakyat Malaysia boleh hidup adalah sekitar umur 65 tahun. Harta dunia tidak boleh di bawa mati. Hutang piutang perlu diselesaikan di dunia jika tidak ia akan membebankan apabila sudah mati. Hanya tiga perkara yang boleh membantu kita apabila sudah mati iaitu hubungan antara yang masih hidup dengan yang telah mati iaitu sedekah jariah seperti sumbangan membina masjid atau surau yang masih digunakan oleh orang yang masih hidup untuk beribadat, ilmu yang baik yang telah diajar selagi di amalkan dan doa kebaikan dari anak yang saleh.

Kita perlu menambah ilmu dunia dan akhirat untuk mengelakkan diri daripada kejahilan, kebodohan dan kemiskinan kerana inilah yang menyebabkan kita melakukan perkara yang salah, jahat dan mungkar.

Perkara yang betul dan benar hendaklah diputihkan dan ditegakkan. Hak dan keadilan hendaklah di sokong. Jangan menghalalkan yang haram dan jangan sesekali mengkambing hitamkan sesiapa untuk kepentingan dunia dan diri sendiri. Kelak ia akan memakan diri dan memalukan diri sendiri.

Terima kasih dan syukur

Setiap perkara yang berlaku terhadap kita menambahkan lagi pengalaman dan kefahaman kita mengenai kehidupan. Kita perlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan kita. Kita juga perlukan ilmu dan tenaga untuk bekerja. Kerja dan hidup itu sebenarnya adalah saling berkait kerana kerja itu sebahagian daripada kehidupan dan kehidupan itu merangkumi pekerjaan kita. Jika kita gagal dalam pekerjaan kita tidak semestinya gagal dalam kehidupan kita tetapi jika kita gagal dalam kehidupan kita bermakna kita juga gagal dalam pekerjaan kita. Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita telah berjaya lakukan dan apa yang kita telah perolehi. Pengalaman adalah aset yang sangat bernilai dan jika digabungkan dengan ilmu pengetahuan akan dapat mengatasi segala masalah. Ada sebab dan musababnya sesuatu perkara itu berlaku keatas kita dan sentiasalah berfikiran terbuka dan waras mengatasinya. Ambil kesempatan dan peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita tahu siapa diri kita, apa yang telah kita lakukan dan siapa yang berada disekeliling kita.

Sedarlah dan berhati-hatilah dengan apa yang berlaku. Bertindak dengan fikiran yang waras dan niatlah kepada kebaikkan.

Hidup berbakti

Kita perlu berbakti semasa hidup tanpa mengharapkan balasan. Walaupun kita tahu bahawa setiap jasa dan pertolongan yang kita berikan mungkin akan dilupakan atau tidak di balas dengan sewajarnya. Ada juga dibalas dengan cara penghinaan dan memburukkan diri kita. Tetapi kita kena yakin bahawa tidak semua penghinaan dan fitnah itu dapat menjatuhkan orang. Mungkin juga ia sebagai penguat semangat untuk kita terus mengharungi hidup ini dengan lebih berjaya. Tetapi hidup mesti terus berbakti.

Sikudung tidap tahu menghargai cincin yang dia dapat begitu juga dengan monyet yang tidak pandai menghargai bunga serta anjing yang menggigit orang yang melepaskannya daripada tersepit. Kesemuanya bukan salah pertolongan yang diberikan tetapi mereka yang menerima pertolongan tersebut yang mempunyai masalah tidak pandai berterima kasih atau tidak faham dengan pertolongan yang dia dapat atau sepatutnya tidak perlu ditolong.

Tuesday, February 9, 2010

Maruah diri

Peliharalah maruah diri kita kerana setiap perkara itu ada balasannya. Jika kita berbuat baik maka baiklah balasannya dan begitulah sebaliknya. Jangan sesekali mengambil kesempatan dengan kuasa yang kita ada kerana kuasa tersebut hanyalah pinjaman dan sementara sahaja. Kita juga hendaklah pandai menilai pengaruh yang baik dan betul tanpa diambil kesempatan atas kebodohan diri kita. Mungkin kepandaian orang lain itu menunjukkan kebodohan kita sebenarnya tetapi ikutlah peraturan dan kelayakkan kita. Kita juga hendaklah menghormati orang lain kerana semua orang mempunyai hak. Penyalahgunaan kuasa akan terserlah apabila ia dibicarakan secara adil. Oleh itu janganlah memalukan diri sendiri kerana tidak semua orang bodoh macam kita. Kita juga hendaklah mengelakkan dari mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dengan memperbodoh-bodohkan orang lain kerana ia akan menunjukkan siapa kita sebenarnya.

Merancang perjalanan

Perjalanan merupakan sesuatu yang perlu dirancang. Ia meliputi perjalanan yang jauh dan dekat kerana kita tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku semasa perjalanan tersebut. Ia juga melibatkan masa, kos, keselamatan, hubungan dan kepentingan pihak-pihak tertentu. Jika perjalanan kita perlahan mungkin akan mengakibatkan kita terlewat sampai ke destinasi. Kita juga mungkin akan mengalami kemalangan jika membawa kenderaan dengan laju atau kesesakkan jika tergesa-gesa. Mungkin juga kita dapat menjimatkan kos minyak jika memandu secara berhemah dan memilih masa perjalanan untuk mengelakkan kesesakkan dengan mengikuti jalan yang betul. Saman juga sebenarnya amat merugikan dari segi kewangan dan masa.

Keselamatan pemandu dan penumpang mestilah diutamakan kerana kecuaian, letih, mengantuk dan tergesa-gesa adalah antara punca berlakunya kemalangan. Jika perjalanan kita menghadapi masalah maka timbullah bermacam-macam kesan antaranya kerugian dalam perniagaan, kepercayaan dalam temujanji yang dipertikai, keretakkan hubungan dan juga kesan kepada orang ketiga.

Rancanglah perjalanan kerana ia dapat membantu kita untuk hidup dengan lebih bermakna dan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Di samping itu berdoalah untuk keselamatan perjalanan kita yang tidak boleh dijangka seperti kehidupan kita ini.

Thursday, February 4, 2010

Mimpi siang hari

Angan-angan Mat Jenin membawa erti berangan tapi tidak berusaha untuk mendapatkannya. Jika kita dalam keadaan sedar, berangan atau angan-angan hanya seperti mimpi di siang hari. Kita tidak boleh berjaya jika hanya bermimpi kerana mimpi itu hanya mainan tidur dan berangan itu pula hanyalah mainan Mat Jenin.

Berusaha dan melakukan sesuatu pasti membuahkan hasil. Kita tidak boleh main-main jika ingin berjaya dan kesungguhan itu yang mendorong kita untuk bertindak dengan betul demi pencapaian yang diinginkan. Kebiasaannya orang yang berjaya adalah orang yang berkerja kuat dan pandai bertindak pada masa yang betul dengan tepat.

Sanggupkah kita hanya untuk berangan tanpa bertindak dan bermimpi tanpa ada daya usaha untuk melaksanakan apa yang dikehendaki dan difikirkan.

Politik dan perwakilan

Semua orang boleh berpolitik kerana ia merupakan cara bagaimana kita menyelesaikan masalah, mengambil kesempatan dalam pelbagai situasi, membuat keputusan atas kepentingan tertentu, mengelakkan diri dari sesuatu perkara dan bagaimana kita hendak hidup dalam dunia yang penuh dengan lakunan serta kepura-puraan ini. Kita berpolitik untuk terus hidup, berjaya dan diterima orang. Memang akan wujud banyak perbezaan pendapat kerana berbeza kepentingan dan matlamat antara satu sama lain. Maka berlakulah pertembungan untuk menjadi yang terbaik atau yang paling berpengaruh untuk menentukan keputusan iaitu dengan istilah lain ingin berkuasa.

Perwakilan adalah mereka yang dipilih untuk mewakili pemilih dalam sesuatu urusan atau mesyuarat. Adakah mereka bertindak sebagai mewakili orang yang memilih mereka atau mereka hanya memikirkan kepentingan sendiri setelah dipilih. Banyak masalah yang ditimbulkan hanya untuk mengambil syarat sahaja. Ia kebiasaan tidak mewakili ahlinya dan lebih mendukacitakan lagi ia hanya disuarakan sahaja tetapi tanpa tindakan penyudah.

Ramai pengerusi hanya memikirkan elaun mereka sahaja sebagai pengerusi dan berusaha mengekalkannya apalagi jika elaun tersebut boleh dinaikkan. Mereka hanya menyokong projek yang menguntungkan mereka sahaja dan tidak berminat dengan cara pengurusan yang berkesan, marketing yang berjaya serta perakauan yang telus apalagi mengambil berat dengan pekerja dalam erti kata sebenar.

Wednesday, February 3, 2010

Jujur dan hormat diri sendiri

Semua orang ada maruah diri. Jika kita tidak jujur dan menghormati diri kita sendiri bermakna kita mengadaikan maruah diri kita. Kadang kala kita mempertahankan sesuatu demi maruah tetapi ada juga yang mempertahankan sesuatu dengan mengadai maruah diri. Ia terpulang cara kita hidup dan latar belakang diri kita. Jika kita mempertahankan kebodohan dan kesalahan kita maka itu menunjukkan keegoan kita. Jika kita bertindak atas kebodohan orang lain iaitu mengikut arahan yang tidak betul serta salah ini menunjukkan rendahnya maruah diri kita. Setiap orang perlu ada harga diri demi maruah serta mengekalkan kebaikkan dan mempertahankan kebenaran. Jujurlah dan hormatilah diri sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain memperkotak-katikkan diri kita dengan mengambil kesempatan atas kelemahan dan kebodohan kita.

Tuesday, February 2, 2010

Ikhlaskah kita bekerja

Dunia penuh dengan pelakun yang hidup berpura-pura sanggup menipu dan mengambil kesempatan serta melakukan penyelewengan untuk menjatuhkan seseorang demi kepentingan diri sendiri. Syarikat S/B adalah kepunyaan seseorang dan pekerjanya perlu mematuhi setiap arahan dan mengikut kehendak tuan punya syarikat. Jika kita bermasalah dengan tuan punya syarikat maka lebih baiklah kita angkat kaki dan mencari rezeki di tempat lain. Walaupun kita bekerja di syarikat tersebut tetapi syarikat tersebut adalah milik beliau dan beliau bebas untuk menaikkan atau melingkupkan syarikat tersebut kerana beliaulah yang menanam modal di situ. Kalau ada pinjaman atau tanggunganpun adalah tanggungjawab beliau sendiri untuk menyelesaikannya.

Bagaimana pula dengan persatuan. Adakah ahli lembaga pengarah yang dilantik 2 tahun sekali mempunyai kuasa dan tanggungjawab seperti itu atau pengurus besar yang dihantar oleh pihak jabatan untuk mengurus juga mempunyai tanggungjawab seperti itu. Adakah mereka tidak tertakluk kepada tanggungjawab dan amanah tersebut. Bagaimana jika mereka sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka dengan tindakan yang tidak mengikut peraturan. Sepatutnyalah mereka juga boleh didakwa atas kesalahan menyalahguna kuasa, tidak amanah, tidak bertanggungjawab, diskriminasi semasa bertugas, mengambil kesempatan dalam persatuan untuk kepentingan diri dan kroni, membuat tuduhan liar serta menfitnah, menganiaya pekerja, berpakat serta membenarkan memburukkan orang untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah serta bermacam lain kesalahan yang boleh disabitkan keatas mereka. Latar belakang mereka juga sebenarnya membuktikan siapa sebenarnya mereka dan apa yang mereka telah lakukan sebelum ini di persatuan. Indah khabar dari rupa, harapkan pagar, pagar makan padi.

Keikhlasan kerja dan tindakan mereka tidak boleh dilihat dari sudut kuasa dan hubungan mereka dengan pihak atasan semata-mata. Tetapi kesalahan mereka juga perlulah diadili sebagaimana pihak yang telah dianiaya mereka diadili. Jangan kata orang dia yang lebih atau ada udang di sebalik batu atau gunting dalam lipatan. Kuasa dan amanah adalah suatu yang perlu diselarikan dan tidak boleh digunakan untuk mengkambing hitamkan orang lain demi kepentingan kumpulan tertentu. Kepentingan persatuan perlulah diutamakan walaupun perlu ke makamah sekalipun. Jika kita bertindak menutup kes-kes penyelewengan disebabkan kebodohan dan kelemahan kita maka amatlah malang sekali persatuan terhadap kita.

Monday, February 1, 2010

Terbabas kerana tertidur

Kenapa kita cuba melawan arus dan ketetapan yang sudah ditentukan dan merbahayakan diri. Jika letih dan tidak boleh buka mata maka berehatlah dan tidurlah sebentar. Kenapa kita degil dan cuba menongkat langit serta menipu diri kita. Kita boleh memaklumkan kepada orang ramai bahawa kita tidak tidur semasa memandu. Siapa boleh memberitahu kita apa yang dia buat semasa tidur. Tidur bermakna kita berada dalam satu dunia lain yang kita tidak sedar serta kita tidak mampu mengawal diri kita. Mungkin kita boleh bercerita mengenai mimpi kita. Tetapi kita tidak boleh bermimpi untuk bermimpi mengikut selera kita. Apabila kita menutup mata maka tahukah kita samada kita masih boleh membuka mata kita.

Mungkin untuk individu atau diri sendiri ianya boleh diperbaiki dengan beberapa cara seperti berhenti untuk tidur dan berehat, menunda perjalanan, menggilirkan pemandu atau mengambil minuman dan makanan yang meransangkan minda. Jika bertugas sebagai pemandu maka tidur dan rihat mestilah masuk dalam kriteria pemanduan mereka. Walaubagaimanapun tidurlah ubatnya jika .......

Memandu tak cukup tidur

Sunggup merbahaya sekali jika kita memandu dalam keadaan tidak cukup tidur. Kita akan berasa seperti bosan, rimas dan tidak selesa dengan keadaan kita. Lebih merbahaya lagi jika kita cuba mencuri tidur semasa memandu. Kita seolah-olah cuba untuk memejamkan mata untuk berehat sebentar tetapi percayalah mencuri itu perbuatan yang tidak baik dan kesannya juga amat memudaratkan. Bolehkah kita memejamkan mata kita untuk sebentar sedangkan kita sebenarnya amat memerlukan rehat dalam erti kata yang sebenar iaitu tidur. Sebahagian kemalangan yang acap kali berlaku sekarang juga dipercayai disebabkan oleh kelalaian pemandu yang tidak cukup tidur.

Bekerja sebagai pemandu sepatutnya memasukkan tidur sebagai sebahagian daripada jadual wajib harian mereka. Dipercayai pemandu hanya menganggap ianya perkara remeh kerana tidak memikirkan keselamatan penumpang yang mereka bawa yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab mereka.

Kita hanyalah perlu berhenti sebentar dan tidur untuk mendapatkan semula fokus dan tenaga baru yang lebih segar.

Istimewanya Langkawi

Langkawi merupakan pulau buatan Dr Mahathir. Pulau ini mempunyai pelbagai keunikan dan keindahan yang sukar dilupakan. Terdapat deretan pulau yang amat indah berada di sekeliling pulau ini. Hidupan lautnya juga menjadi tarikan kepada orang luar untuk mengunjunginya. Walaupun terdapat banyak kemudahan didirikan dan dibangunkan di sini namun keasliannya masih terpelihara. Mungkin disebabkan ia sebuah pulau maka sukarlah pengaruh atau perubahan yang luar biasa berlaku. Jika berlaku pun, ia mestilah mengikut kehendak dan cita rasa tempatan.

Feri merupakan tarikan utama ke pulau tersebut dan dataran helang bersama maskotnya pula berada betul-betul di pintu masuknya. Pulau itu juga merupakan pusat membeli belah terutamanya barangan 'free duty' dan kenangan. Terdapat juga pantai yang cantik dan bersih seperti Pantai Chenang, Pantai Pasir Hitam dan lainnya. Menariknya setiap tempat pelancungan yang terdapat di Langkawi mesti ada tempat jualan. Makam Mahsuri dan minyak gamat juga menjadi tarikan pelancung utama disini. Telaga tujuh serta skywalker juga terdapat di sini.

Terdapat beberapa acara yang dianjurkan di sini seperti Le Tour De Langkawi, LIMA, kapal layar, acara lasak yang merupakan program antarabangsa istimewa untuk Pulau Langkawi. Walaupun Dr Mahathir telah bersara namun jasa dan initiatifnya terhadap pulau ini amatlah dihargai.

Thursday, January 28, 2010

Medan, Indonesia

Menaiki kapalterbang adalah suatu yang amat mengembirakan lebih-lebih lagi untuk makan angin. Medan adalah destinasi yang di tuju. Tidak sabar rasanya untuk menaiki kapalterbang dan melawat negeri orang. Perkara yang bermain dalam fikiranku bagaimana dengan duit atau matawangnya. Bagaimana pula dengan passportnya.

Melalui MAS kami sampai di Medan terus makan tengahari. Berselera dengan nasi padang pada petang itu. Selepas itu bertolak ke Danau Toba untuk bermalam. Keesokan harinya kami ke Pulau Damishir dengan bot dan makan tengahari dengan hidangan ikan talapia. Selepas itu bertolak ke Brastagi untuk bermalam. Di tengah jalan kami minum kopi dengan pisang kaki di lereng bukit yang sejuk dan nyaman. Keesokkan harinya melawat air terjun dan kawasan pergunungan. Sebelah petangnya kami bertolak ke Medan untuk bermalam selama dua malam. Buah salak serta binjai menjadi kemestian serta pakaian sebagai kenangan untuk keluarga.

Luas perjalanan bertambah pengalaman. Hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri maka lebih selesa dan baik di negeri sendiri.

Tuesday, January 26, 2010

Jalan pintas

Tiada jalan pintas untuk berjaya tetapi banyak jalan pintas untuk gagal. Nak berjaya sangatlah sukar tetapi untuk gagal hanyalah sekelip mata. Jika kita cukup syarat dan ilmu penuh di dada tidak menjamin sebarang kejayaan. Ia hanyalah untuk menyenangkan kita untuk memulakan sesuatu perniagaan. Kita hendaklah berilmu untuk mengendalikan perniagaan kita kerana selok belok perniagaan itu tidak boleh dijangka. Bagi sesetengah orang ianya mudah tetapi sukar sekali kepada orang lain. Banyak aspek perlu diambil kira untuk memulakan perniagaan, bertahan dalam perniagaan, mengembangkan perniagaan atau meningkatkan perniagaan. Untuk mengurangkan tekanan kita hendaklah bergembira semasa melaksanakan tugas kita tanpa mengira masa, tempat dan keadaan sukar atau senang.

Semua orang betul

Tiada arahan yang tidak betul atau salah. Semuanya betul kerana ia bergantung atas kehendak orang yang bercakap atau memberi arahan. Mungkin ada agenda yang tersembunyi yang orang lain tidak tahu tetapi ia banyak bergantung atas pangaruh dan kuasa mereka. Ia juga dinilai dari sudut orang yang memberi arahan dan bercakap. Jika ditanya pendapat orang ramai atau demokrasi belum tentu arahan tersebut akan diterima. Jika dinilai juga belum tentu ianya baik, betul atau adil.

Bagaimana kita berfikir dan bertindak juga banyak bergantung atas diri kita sendiri iaitu kehendak, keperluan dan pemikiran. Kita yang menentukan apa yang kita hendak. Matlamat dan hala tuju kita juga berbeza atau tidak sama.

Jika kita seorang penguatkuasa, maka kita akan berfikir dan bertindak bagaimana untuk menangkap atau mendakwa orang. Tetapi jika kita pesalah atau orang yang didakwa maka kita akan berfikir dan bertindak bagaimana untuk melepaskan diri.

Polis adalah musuh kepada penjenayah begitu juga sebaliknya. Mereka berfikir dan bertindak atas kedudukan mereka dan merasa merekalah yang betul untuk terus hidup.

Monday, January 25, 2010

Tengelamnya kebaikkan dalam demokrasi

Tidak semua kebaikkan akan menguasai keadaan kerana ia amat bergantung kepada majoriti terutamanya dalam masyarakat demokrasi hari ini. Jika majoriti masyarakat telah di pengaruhi dengan wang dan kuasa dan takut kepada kebenaran kerana lemahnya pegangan agama maka tadak mustahil kebaikkan akan kalah dan tengelam dalam arus kemungkaran atau dalam dunia lakunan. Kenapa jadi begini? Ia amat bergantung kepada kehendak dan kemahuan rakyatnya. Terutamanya dipengaruhi dengan pemimpin dan ketua yang tidak baik yang bermotifkan kuasa dan pengaruh.

Yang halal tetap halal dan haram tetap haram dan tiada matlamat yang menghalalkan cara. Mesyuarat bukan untuk mencari kebenaran atau keadilan tetapi menyahkan dan menyingkirkan mereka yang tidak sebulu serta menyusahkan urusan belakang tabir mereka.

Marah dan dendam

Marah dan dendam adalah fitrah manusia. Jika kita tidak mempunyai sifat tersebut maka tidak sempurnalah kita sebagai manusia. Apa yang membezakan kita adalah bagaimana kita mengawal marah kita dan bagaimana pula kita bertindak terhadap orang yang kita marah tersebut. Jika sifat dan sikap marah kita dikawal oleh nafsu yang dipengaruhi dengan perkara-perkara yang negatif maka terjadilah kemarahan dan dendam yang tiada kesudahannya.

Kita berhak marah jika dihina,dianiaya dan difitnah kerana kita mempunyai maruah diri serta kehormatan dan berhak mempertahankannya. Kita juga boleh berdendam supaya dapat mengelakkan perkara yang sama berulang lagi dilakukan terhadap diri kita. Bagaimana kita marah atau berdendam terpulang kepada kebijaksanaan kita samada terus bertindak balas terhadap perkara tersebut atau sabar dengan kerenah untuk mengelakkan ketegangan dan menyusun strategi atau berdiam diri sahaja. Kadang kala kita tidak perlu membayar tunai keatas semua perkara. Menyusun strategi dan perancangan dengan baik dapat menghasilkan keputusan yang lebih memuaskan dan menguntungkan.

Sunday, January 24, 2010

Seronok bekerja

Adakah semua orang seronok bekerja atau kerjanya sesuatu yang membebankan. Kenapa kita seronok bekerja. Kita sepatutnya seronok untuk bekerja dan seronok melaksanakan kerja. Ini boleh berlaku jika kita faham istilah kerja dan bekerja. Bekerja sesuatu yang suci dan di anggap ibadah iaitu sesuatu yang berfaedah jika dilakukan untuk diri kita dan orang lain. Kesannya juga memberi faedah kepada semua. Kita bertanggungjawab melakukan sesuatu kerja setelah kita dilantik untuk melaksanakannya dan mendapat upah daripadanya disamping memberi faedah kepada tempat kita bekerja samada keuntungan atau kebaikkan. Jika kita tidak melaksanakan tugas tersebut atau bersikap tidak bertanggungjawab terhadap tugas itu seperti menyeleweng, tidak amanah, cuai dan tidak berkeupayaan maka gagallah sebagai pekerja di situ dan sesuatu yang positif perlu diambil tindakan terhadap kita.

Sambung belajar untuk Ijazah

Perlukan kita menyambung belajar setelah kita mendapat kerja dan sedang bekerja. Apakah matlamat kita untuk menyambung belajar tersebut. Adakah kita mengambil kira untung rugi jika kita menyambung belajar dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri yang berjumlah berpuluh ribu ringgit. Adakah majikan tempat kita sedang bekerja gembira dengan keputusan kita untuk menyambung belajar. Adakah majikan kita benar-benar ikhlas untuk meningkatkan keupayaan tempat kita bekerja dengan meningkatkan keupayaan pekerjanya atau takut dengan bayang-bayang sendiri atau mempunyai agenda tersembunyi dengan kepentingan individu tertentu dalam organisasi tersebut. Kemana arah tuju dan matlamat sebenar sesuatu organisasi samada meningkatkan keupayaan, keuntungan dan pengembangan perniagaan atau menjaga kepentingan mereka. Siapa mereka? Bukankah semuaya sepatutnya bekerjasama dan bertanggungjawab terhadap organisasi tersebut. Jika ia sebuah syarikat perseorangan atau sendirian berhad maka ada individu yang mempunyai kepentingan kerana palaburan mereka dan tanggungannya. Tetapi bagaimana pula dengan NGO atau anak syarikat milik kerajaan atau pertubuhan atau persatuan seperti pertubuhan peladang dan persatuan nelayan. Bolehkah pihak pengurusan dan lembaga pengarah bertindak sesuka hati kononnya bertanggungjawab dan berkuasa tetapi menyalahguna kuasa dan mengaut keuntungan peribadi. Harta pertubuhan dan persatuan tidak diselenggara dengan betul dan menyalahguna harta dan aset seperti tidak bertanggungjawab kerana ketidakupayaan menyelenggara perniagaan atau menggunakan kenderaan pertubuhan atau persatuan untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Perlukan perkara sebegini diperhalusi atau tunggu sehingga puluhan ribu ringgit hilang atau disalahguna dan dilapurkan baru hendak diambil tindakan. Apakah fungsi pembentangan akaun? Untuk menutup kelemahan dan kesalahan atau membetulkan dan mengambil tindakan terhadap salah laku, salah guna dan penyelewengan. Renungkanlah kerana perkara tersebut berlaku tanpa maklum.

Thursday, January 21, 2010

Siapa sahabat dan kawan kita

Sebenarnya kita amat mengenali sahabat dan kawan kita terutamanya yang begitu akrab atau yang telah lama bersahabat dengan kita. Semasa kita berkawan dan bersahabat kita seringkali membenarkan kawan atau sahabat kita melakukan apa saja demi untuk menjaga hati dan perasaan mereka. Kadang kala sahabat dan kawan kita melakukan sesuatu yang melampaui batas tetapi kita masih tetap bersama mereka dan ada yang menyokong dengan melindungi mereka atau sama-sama melakukan perkara tersebut. Ini termasuklah mencuri, menyeleweng, menfitnah dan menyalah guna kuasa. Kita tahu akan kebenarannya tetapi bersubahat demi sahabat atau kawan dan demi kepentingan masing-masing. Kadangkala sahabat dan kawan kita mengambil kesempatan keatas kita tetapi kita masih belum sedar kerana kita berkawan dan bersahabat. Kita percaya kepada mereka seperti percaya pada diri sendiri. Semua orang ada kawan dan sahabat terpulang kepada kita bagaimana kita bersahabat. Elakkan diri dari bersubahat kepada perkara yang salah, tidak baik atau mungkar. Ada sahabat yang sanggup menegur semasa kita buat salah tetapi ada juga yang menggalakkan kita membuat maksiat.

Si kudung dan anjing tersepit

Jika kita membantu atau menolong insan lain semasa mereka susah, jangan sentiasa mengharap mereka akan membantu kita atau mengenang akan apa yang telah kita buat baik kepada mereka. Ada kemungkinan mereka akan membayar tunai kepada kita dengan cara menfitnah dan memburuk-burukkan peribadi kita. Ini untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hubungan atau selama ini merekalah yang bertungkus-lumus bekerja atau mereka terpaksa mengikut arahan kita dahulu dengan mengganggap sikap kita yang tidak baik atau tidak mesra. Walaupun sebenarnya merekalah yang menjadi beban atau tanggungan kepada kita dan organisasi disebabkan ketidakcekapan mereka bekerja, tidak bertanggungjawab, mengambil kesempatan, curi masa bekerja dan lebih buruk lagi tidak amanah dengan tugas dan harta syarikat.

Mereka rasa tergugat dengan kehadiran kita di situ dan sanggup melakukan apa saja termasuk menfitnah dengan cerita yang direka dengan sokongan pihak atasan yang terdesak. Keburukkan mereka dipindahkan kepada kita dan kejayaan yang telah kita bawa dijaja seolah-olah merekalah yang selama ini melaksanakan kejayaan tersebut. Tetapi mimpi itu tidak selamanya indah. Antara kita mengetahui siapa yang benar dan tidak bersalah dan siapa yang sebenarnya mengambil kesempatan dan takut kepada kebenaran dan bayang-bayang.

Benarlah kata pepatah, baling batu sembunyi tangan dan istilah untuk orang munafiq yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain dan apabila berhadapan lembut gigi dari lidah dan manis berbicara seperti menanam gula di tepi bibir. Si kudung pula mendapat cincin tetapi tidak boleh menggunakan dan terpaksa menyalah guna terutamanya kuasa. Anjing tersepit tidak pandai berterima kasih dan berkemungkinan akan menggigit orang yang membantunya melepaskan diri.

Bagi kita janganlah serik membantu untuk kebaikkan dengan nama Allah tetapi berwaspadalah jika kita telah berpengalaman dengan situasi dan mengenali keburukkan orang yang pernah kita bantu. Pisang mungkin bebuah berkali-kali.

Wednesday, January 20, 2010

Enjoy bekerja

Bergembira bekerja amatlah janggal kerana setiap orang akan berasa gembira apabila tidak bekerja. Mereka lebih selesa dengan cara bekerja sambil lewa, datang lambat bekerja, tidak bertanggungjawab, curi tulang dan bermain-main semasa kerja. Sikap malas dan mengambil kesempatan di tempat kerja menjadi lumrah kepada mereka yang tidak faham atau buat-buat tak faham akan istilah bekerja. Mengambil kesempatan semasa dan di tempat kerja.

Kita bekerja sebagai ibadah mencari rezeki dengan cara melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab, bersungguh-sungguh, amanah, jujur dengan menggunakan tenaga dan buah fikiran kita untuk memajukan organisasi tersebut. Kita selesa bekerja jika kita berasakan kita bertanggungjawab terhadap amanah tersebut. Kita juga akan berasa gembira bekerja jika kita menghargai kerja dan tugas kita. Dan sememangnyalah kita hendaklah berbangga dengan diri kita dan tugas kita dan berusaha melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Dengan menganggap organisasi tersebut sebahagian daripada kehidupan kita, ia dapat membantu kita menghayati motif dan tujuan kita bekerja. Bekerja untuk masa depan kita dan organisasi kita.

Diskriminasi di tempat kerja

Jika kita bekerja di organisasi bawah naungan kerajaan dan pengurusannya adalah kakitangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab, tidak profesional dan berkepentingan diri maka meranalah kita untuk bekerja sebagaimana sepatutnya. Jika kita bekerja betul akan ada orang cuba untuk mengenakan kita kerana berasa tidak selesa dan tergugat. Jika kita pun tak betul maka cepatlah jahanamnya organisasi tersebut maka timbullah kambing hitam yang berambut dan berkaki dua. Tidak mustahil dengan kehilangan wang sehingga puluhan ribu dalam organisasi yang kecil yang masih cuba ditutup untuk mengelakkan pengetahuan umum. Jujurkah pegawai-pegawai ini kepada masyarakat dan organisasi. Kenapa mereka dilindungi dan kenapa pula tidak disiasat supaya mereka yang sepatutnya bertanggungjawab dipertanggungjawabkan. Manis mulut berbicara dengan mengambil langkah mudah tetapi selesaikah masalah dan adilkah ia dilakukan begitu.

Tuesday, January 19, 2010

Kambing Hitam

Menutup kelemahan dan kesalahan diri dengan kambing hitam adalah perkara yang popular berlaku. Ia acap kali berlaku demi menyelamatkan atau menjatuhkan seseorang. Mereka tidak berasa bersalah berbuat begitu kerana merasakan mempunyai kuasa yang tidak boleh dipertikaikan. Kononnya demi orang ramai atau majoriti maka sesuatu kesalahan itu boleh diambil tindakan terhadap tertuduh walaupun mereka sendiri tahu bahawa kesalahan itu tidak wujud dan hanyalah tuduhan semata-mata atau fitnah sahaja. Keadilan dan hak seseorang itu diketepikan dan tidak penting walaupun berkemungkinan kesalahan sebenarnya pada orang lain. Sebaliknya berlaku jika kesalahan itu dilakukan oleh orang tertentu maka tidak boleh didedahkan untuk menjaga nama baik organisasi atau ia dianggap mencurah pasir ke periuk nasi orang tersebut. Mereka ini dilindungi walaupun di dapati mencuri atau salah guna kuasa atau gagal dalam tanggungjawab iaitu cuai masih lagi diberi peluang. Penggunaan harta organisasi di anggap hak mereka dan ditanggung keseluruhannya walaupun organisasi tersebut hak kerajaan dan persatuan. Masih adakah lagi keadilan untuk menuntut hak sendiri di dalam organisasi yang diterajui oleh Pak Pandir dan disokong oleh Si Kudung.

Fitnah dan kepentingan diri

Ramai orang sanggup menabur fitnah untuk kepentingan diri. Ada yang sememangnya mencari rezeki dengan menabur fitnah kerana jika fitnah tersebut dipercayai orang ramai maka banyaklah imbuhan yang datang kepada mereka. Biasanya perkara ini berlaku kepada mereka yang malas, nak hidup senang tanpa bersusah payah, mempunyai sikap menjual diri dan maruah, tidak jujur, lidah bercabang dan tiada air muka. Orang seperti ini sememangnya mempunyai hubungan yang luar biasa dengan orang yang berpengaruh dan biasanya orang ini menjadi pak turut atau barua atau orang hubungan kepada orang berpengaruh tersebut disebabkan sifat-sifatnya itu. Orang begini tidaklah begitu cerdik kerana ia tidak memerlukan kelulusan yang tinggi untuk menjadi seperti mereka. Jika yang berkelulusan sememangnya ada jawatan tertentu untuk mereka seperti PA, setiausaha dan pegawai perhubungan yang kerja-kerja mereka dapat dipantau kerana ada had dan peraturannya.

Sebenarnya orang sebegini ada dimana-mana. Ia lebih parah lagi jika berlaku diantara organisasi dan individu, maksudnya ada individu luar yang mempengaruhi keputusan organisasi. Individu tersebut sebenarnya tiada kaitan secara sah dengan organisasi tersebut tetapi disebabkan hubungan tak resminya dengan orang dalam maka apa yang dikatakannya akan berlaku dalam keputan organisasi tersebut.

Oleh itu dua perkara boleh difikirkan iaitu melantik penyebar fitnah tersebut sebagai orang besar di organisasi tersebut supaya beliau dapat dipertanggungjawabkan atas tindakan dan keputusan organisasi tersebut jika layak dan orang yang berpengaruh di dalam organisasi tersebut letak jawatan kerana tidak berupaya mengendalikan organisasi tersebut. Beliau juga boleh didakwa sebagai boneka.

Berbaloikah? Kerja 20 tahun rehat 2 tahun

Setelah bertungkus lumus dan bekerja keras selama lebih 20 tahun di 2 tempat kerja selama ini, berbaloikah saya untuk tidak bekerja selama 2 tahun pula dan berehat disamping anak dan isteri tercinta. Banyak perkara yang saya terlepas pandang selama ini kerana terlalu sibukkan diri dengan pekerjaan yang tiada kesudahannya, Sekarang anak-anak saya telah memasuki sekolah berasrama dan akan menghadapi peperiksaan yang lebih mencabar. Isteriku juga tidak berapa sihat dan memerlukan perhatian yang lebih untuk mendapat rawatan yang lebih sempurna.

Alhamdulillah tahun pertama saya berasa amat gembira dengan pencapaian mereka (Angah 8A - PMR, Along - Pangkat 1-17 - SMA dan Antih 7A1B - UPKK) semoga pada tahun kedua ini 2010 pencapaian yang lebih cemerlang dapat dicapai oleh anak-anak ku. Tetapi sehingga sekarang aku masih belum dapat menyediakan hadiah untuk mereka. Bersabarlah sayang.

Setelah dibuat pembedahan pada akhir tahun 2008 dan mengikuti rawatan seterusnya sepanjang tahun 2009, kesihatan isteriku sekarang benar-benar pulih seperti sediakala dan telah disahkan oleh doktor pakar. Semoga kesihatannya akan terus baik dan sentiasa bahagia dan gembira bersama kami sekeluarga.

Tahun 2009 juga meninggalkan seribu kenangan kepada diri saya sendiri kerana OUM juga telah menganugerahkan Master Business Administration (Entrepreneurship) kepada saya. Konvo bersama Tun Jeane Abdullah pada Okt yang lalu sebagai pendorong dan penguat semangat menghadapi rintangan untuk terus hidup dan bersaing. Inilah pencapaian yang terbaik kepada diri saya kerana telah memberi sepenuhnya perhatian, tenaga, wang ringgit dan sokongan keluarga untuk mencapai dan mengharungi kesukarannya.

Semoga maruah dan martabat diri dapat dikembalikan secepat mungkin dan perjuang menuntut hak akan tetap diteruskan sehingga kebenaran dapat ditegakkan, penipuan dan fitnah dibuktikan dan diambil tindakan. Hak dikembalikan.

Mana lebih baik berehat sebentar atau berehat dipenghujung perjalanan. Itupun jika kita sampai ke destinasinya dengan selamat dan masih sihat iaitu pencen. Tetapi takut tak sempat pencen untuk berehat dan berfikir..............